Wednesday, 11 June 2014

BENARKAH AKTA HASUTAN AKAN DIGANTI DENGAN UNDANG UNDANG NENEKAN ISLAM DAN ORANG MELAYU ?


Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15] mempunyai latarbelakang sejarah dan alasan penggubalan yang signifikan di dalam usaha membina perpaduan dan keharmonian Negara. Undang-undang tersebut telah melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat mengenai kepentingan kewujudannya. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) (selepas ini dirujuk sebagai RUU) telah dikemukakan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

Selepas artikel ini ditulis, nama-nama RUU tersebut telah dipinda dan sekarang dikenali sebagai RUU Jenayah kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, RUU Harmoni dan Rekonsiliasi dan RUU Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.

Pada hakikatnya, wujud beberapa asas kukuh yang menjadi sebab kebimbangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Melayu-Islam, tentang beberapa aspek yang dicadangkan, sama ada dari sudut pemansuhan Akta Hasutan 1948, kandungan deraf RUU tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu deraf RUU tersebut.

Berdasarkan pengamatan awal penulis, berikut digariskan secara ringkas 8 sebab mengapa RUU Harmoni tersebut perlu diwaspadai kandungannya dan tidak patut diterima sewenang-wenangnya:

PERTAMA

Hakikat bahawa penggubalan RUU yang sangat penting tidak dibincangkan dengan teliti dan dirujuk kepada pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu menimbulkan pertanyaan serius tentang motifnya. RUU tersebut melibatkan isu-isu berkaitan agama, perpaduan antara kaum dan sebagainya, namun demikian tidak disembahmaklum terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja. Deraf tersebut juga tidak dirujuk kepada Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan tidak dibincangkan bersama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di antara Penganut Agama (JMPKPA) dan lain-lain badan berkepentingan. Sebaliknya, badan-badan yang kurang kredibiliti seperti Proham dan Global Movement of Moderates dibiarkan memonopoli perbincangan isi kandungan deraf RUU tersebut.

Malah, RUU tersebut yang disediakan Majlis Peguam, sebagai sebuah badan sekular, telah diserahkan terus kepada YB Nancy, lantas mengenepikan khususnya institusi-institusi keagamaan yang bakal terjejas secara langsung oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

KEDUA

RUU tersebut mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Negara menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Agama Negeri yang telah termaktub di Negeri-negeri sejak berabad. Kedudukan ini tidak pernah diganggu-gugat oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Selain Perkara 3(1), Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A). Hatta sebelum pengiktirafan seumpama ini dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan agama Islam telah terlebih dahulu diperundangkan di dalam Perlembagaan negeri-negeri, sebagai contoh peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri Johor 1865 dan Perlembagaan Negeri Terengganu 1911.

Malah, hakikatnya Perkara 3(1) merupakan fasal pertama yang menggunakan istilah ‘harmoni’ dalam Perlembagaan Persekutuan. Setelah mengiktiraf kedudukan Islam, prasyarat pengamalan agama-agama lain dinyatakan dengan jelas iaitu boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan (…other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation). Hubung kait Perkara 3(1) ini membawa maksud bahawa Islam tidak boleh diketepikan di dalam membincangkan usaha mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara agama dan kaum.

KETIGA

RUU Perpaduan Nasional (“National Unity Bill”) menyatakan pada seksyen 2(2) bahawa “Nothing in this Act derogates from the provisions of Article 153 of the Federal Constitution”. (Perkara 153 ialah berhubung kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain). Walaubagaimanapun RUU Perpaduan Nasional tersebut sendiri bercanggah oleh kerana seksyen 7 menggunakan istilah-istilah seperti ‘racial superiority”, “exclusivity based on religion, belief, race…” dan “…maintaining exclusive control by persons of a particular religion, belief, race…”. Pada hakikatnya penggunaan istilah-istilah sebegini merupakan kritikan dan percubaan merubah Perkara 153. Penggubal RUU Perpaduan Nasional ini perlu diingatkan tentang Perkara 38(5) bahawa “Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153″. Penggunaan istilah-istilah tersebut di atas cenderung merujuk pada sentimen dan faham hak asasi manusia dan boleh mewujudkan salah tafsiran terhadap konteks peruntukan Perkara 3(1) dan 153 di Negara ini.

KEEMPAT

Kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam, yang merupakan kelompok elit kecil yang telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MPKN). Hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy. Majlis Peguam yang hanya mempunyai kira-kira 12, 000 ahli (yang juga tidak dirujuk apabila mereka mengeluarkan deraf RUU tersebut) tidak mewakili kelompok majoriti umat Islam di Negara ini yang akan menerima kesan langsung dari peruntukan-peruntukan RUU tersebut. Malah, Majlis Peguam mengisytiharkan organisasinya sebagai badan sekular justeru bukanlah pihak yang berkelayakan menyentuh isu-isu keagamaan. Sebagai pihak yang terlibat secara langung membuat pelbagai tuntutan hak asasi manusia yang tidak munasabah dan anti-agama, termasuk menerusi keanggotaan dan peranannya di dalam gabungan NGO hak asasi manusia (COMANGO) menjadikannya entiti yang tidak mempunyai kredibiliti untuk dirujuk berhubung usaha memupuk perpaduan dan keharmonian antara agama di Negara ini.

KELIMA

Di dalam mencanang tema perpaduan dan keharmonian Negara, ketiga-tiga RUU tersebut jelas lebih tertumpu pada niat menjulang hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, tetapi gagal merujuk pada fasal-fasal utama lain di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan perkara-perkara asas yang membentuk Negara ini dan asas-asas perpaduan dan keharmoniannya, sebagai contoh, dengan memberikan tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan (‘equality’) yang bersifat mutlak, penggubal telah mengenepikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian Perlembagaan Perlembagaan itu sendiri yang dimaktubkan pada Perkara 8(2).

RUU tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD), yang asal usulnya telah disandarkan pada sentimen anti-semitik dan pengalaman perkauman di Negara-negara Eropah. Anti-semitik merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari sudut sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba. Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya – akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi. Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah. Sejarah dan latarbelakang ICERD ini ternyata sangat berbeza dengan sejarah, latarbelakang budaya Malaysia. Malah, Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian Negara.

KEENAM

Tafsiran ‘belief’ dan “religion” atau kepercayaan dan agama pada seksyan 4 (1) RUU Perpaduan Nasional dinyatakan sebagai “any religious or philosophical belief and a reference to belief includes a reference to a lack of belief” dan “any religion and includes any belief or lack of a religious belief“. Oleh yang demikian, tafsiran ini membuka ruang yang boleh termasuk di dalam tafsirannya golongan yang tidak percaya Tuhan (atheist) dan kebebasan meninggalkan agama. Ini ternyata bercanggah dengan prinsip pertama rukun Negara iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan”. Malah, tafsiran sebegni cenderung pada Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR) yang apabila dibaca bersama-sama Artikel 18 International Covenant of Civil and Political Rights (ICCPR) mengiktiraf fahaman tidak bertuhan dan mengizinkan kebebasan beragama menurut kehendak individu, termasuk kebebasan meninggalkan agama atau murtad. Jika tafsiran yang loggar sebegini dibiarkan, fahaman kepercayaan sesat juga akan diiktiraf yang pada akhirnya akan mengakibatkan keresahan dan kacau bilau di kalangan masyarakat berbilang agama.

KETUJUH

Isu-isu di sekitar keharmonian antara agama dan kaum adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada sebuah tribunal yang dicadangkan di dalam deraf rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. Fungsi sebuah “Unfair Discrimination Tribunal” yang dicadangkan di dalam rang undang-undang tersebut ternyata mengambilalih peranan institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu.

Malah, jika diperhalusi, kuasa dan fungsi tribunal tersebut mengingatkan kita kepada cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission atau IFC) yang telah ditolak sekeras-kerasnya cadangannya oleh pelbagai pihak khususnya NGO Melayu Islam dan kerajaan Pusat. Bahagian 3 di dalam RUU Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional yang dicadangkan menyatakan kuasa dan fungsi Suruhanjaya tersebut, dan memperuntukkan kuasa memberikan nasihat, membantu dan mengesyorkan kepada kerajaan (seksyen 13 (1) (i) untuk memantau kedudukan perpaduan nasional, integrasi dan non-diskriminasi dan kesamarataan dan ii) untuk menyemak undang-undang, peraturan, polisi dan amalan berkaitan untuk memastikan pematuhan RUU yang dicadangkan). Seterusnya Bahagian 4 RUU tersebut seolah-oleh mengenepikan peranan pihak berkuasa sedia ada oleh kerana seksyen 15 (3) membolehkan Suruhanjaya tersebut melakukan penyiasatan sendiri apa-apa keadaan yang difikirkan sebagai diskriminasi tidak adil. Ini jelas bertindan dengan Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan. Sekiranya peruntukan sebegini sudahpun wujud dan pihak berkuasa boleh melaksanakan penguatkuasaannya, maka tidak wujud keperluan untuk memberikan kuasa kepada Suruhanjaya tersebut.

KELAPAN

Seksyen 23 di dalam RUU Suruhanjaya Perpaduan dan integrasi Nasional tersebut memperuntukkan kuasa tribunal yang dicadangkan penubuhannya. Kuasa yang sangat luas tersebut termasuklah untuk memanggil mana-mana individu untuk memberikan keterangan apabila sesuatu perbicaraan sedang dijalankan tribunal. Ini sudah pasti membolehkan tribunal tersebut memanggil mana-mana pihak, khususnya daripada kalangan mereka yang berotoriti agama Islam, termasuk mufti dan para alim ulama’ untuk memberikan keterangan kepada tribunal tersebut, termasuk sekiranya dibuat pertuduan bahawa mereka menimbulkan suasana tidak harmoni dan kegelisahan antara agama. Aspek ini meletakkan hal ehwal Islam di bawah sebuah entiti yang tidak mempunyai kompetensi dan pengetahuan selayaknya mengenai Islam.

Perlu ditegaskan bahawa cadangan tribunal ini tidak wajar berselindung di sebalik usaha perpaduan dan keharmonian Negara untuk mengadjudikasi isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa. Kita mempunyai insitusi kehakiman yang berwibawa untuk menangani isu-isu berkait perlembagaan. Isu-isu berkaitan perpaduan dan keharmonian tidak sepatutnya ditangani melalui cara legalistik semata-mata, oleh kerana realiti sejarah, kebudayaan dan latarbelakang keagamaan di Negara ini terlalu bermakna untuk diketepikan begitu sahaja.

Peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Oleh yang demikian pihak Kerajaan Pusat digesa untuk mendengar kegusaran pelbagai pihak berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Pada hakikatnya, jika asas-asas kenegaraan terus dirobek, hasrat melihat perpaduan dan keharmonian tidak akan berjaya, sebaliknya, generasi akan datang akan menderitai kehilangan jati diri kenegaraan berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan yang telah sekian lama dipupuk berdasarkan kedudukan istimewa Islam sebagai agama Negara, kematangan hubungan antara kaum dan kemajmukan budaya dengan Melayu-Islam sebagai teras kenegaraan Malaysia.

AZRIL MOHD AMIN ialah seorang peguam dan mengetuai MuslimUPRo, iaitu delegasi pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan di dalam Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland. Untuk baca klik sini

Monday, 26 May 2014

DYANA GILA POPULAR - PERANGAI ORANG MELAYU


Menjelang PRK Teluk Intan, semakin banyak penipuan Dyana, calon DAP telah didedahkan. Bermula dengan jawatan Peguam, semakan di Majlis Peguam tidak memberikan sebarang petunjuk. Akhirnya Dyana terpaksa mengaku dia hanya lepasan Bachelor in Legal Studies, yang tidak melayakkan beliau menjadi peguam. Isu UiTM, Dyana juga dikatakan telah memasuki UiTM melalui pertolongan ibunya, Ketua Wanita Perkasa, dimana Ibrahim Ali adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM (klik sini).

Dyana Gila Popular 

Were Dyana, the DAP's candidate in Teluk Intan and her mother really involved with Perkasa?

Well there is the picture of them manning the membership counter of Perkasa,

So, what could had happened to Dyana, that she swung to the other side so drastically?

She may say that it was a long time ago, but actually it was not so. It was just in 2008.

Well, I don't really like Perkasa too as I don't like Ibrahim Ali.

Most of the time I see them as a nuisance.

But this girl and her mother were part of that organization labeled by DAP and almost all other non-Malay organizations as Malay extremists.

My personal opinion is that this Dyana girl is likely just craving for attention.

She will do anything for it.

Join Perkasa, join DAP, join Communist Party, join Akedemi Fantasia.....anything goes.

It's just a case of a shallow girl trying to be popular.

Well, as I had previously wrote, I was like that too once.

But, to get attention, I just colored my hair blue and have piercings all over my body instead of selling my jati diri to Kit Siang and his irritatingly arrogant son.

This Dyana girl is a waste of time, actually. That's all that she really is. - Sumber

Wednesday, 21 May 2014

FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA


SOALAN POKOK

Soalan pokok yang menjadi bahan fikiran yang menghairankaan saya pada setiap masa ialah:

Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya berbangsa Melayu;

Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu;

banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu;

semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu;

Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai Melayu;

Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu;

Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kebanyakannya Melayu;

Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera, dikuasai oleh Melayu.

Tetapi kita lihat Melayu terus gelisah.

Apakah sebabnya?

SEKITAR PERSOALAN PENDIDIKAN DAN EKONOMI

Sejak Merdeka sehingga sekarang kita mempercayai dan kita yakin bahawa kemunduran kita di dalam bidang pendidikan adalah sebab utama kemunduran kita yang perlu diselesaikan.

Demi meningkatkan martabat, dan memulihkan maruah bangsa. Kononnya, selesai sahaja kekurangan kita dalam bidang pendidikan maka selesailah masalah Melayu.

Saya mula menyedari hakikat ini apabila saya menjadi ahli UMNO yang aktif di Seremban, dalam UMNO Bahagian Seremban Timur, mulai 13 Oktober, 1963, iaitu 50 tahun 4 bulan yang lalu. 

CABARAN AWAL PENDIDIKAN MELAYU

Mengenai pendidikan.

Pada mulanya, anak-anak Melayu tidak dapat ke universiti tempatan kerana MERITnya terlalu rendah. Pimpinan universiti tidak pernah memberi pertimbangan kepada taraf hidup yang rendah di luar bandar dan kemudahan yang sangat sederhana, termasuk 'tuition' yang hampir tidak ada.

Kuasa politiklah yang telah memutuskan supaya pihak universiti dipaksa mengambil pelajar Melayu dalam batasan 'KUOTA' yang ditentukan.

Setelah itu kita menghadapi masalah baru. Kecuali seorang, semua pengerusi Jawatankuasa Biasiswa di peringkat negeri yang terdiri dari Pegawai Pelajaran Negeri terdiri dari bukan Melayu.

Mereka juga berpegang pada MERIT untuk mendapatkan biasiswa. Mereka menghalang anak-anak Melayu dari mendapat biasiswa walaupun sudah ada kuota di satu-satunya universiti tempatan.

Atas desakan Pergerakan Pemuda UMNO di waktu itu keputusan politik jualah yang telah memindahkan jawatan Pengerusi Biasiswa Negeri dari Pegawai Pelajaran Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang semuanya terdiri dari bangsa Melayu.

Hasilnya?

Bertambahlah pelajar-pelajar Melayu, kerana biasiswa dan kuota, mendapat tempat di universiti tempatan sementara yang tiada tempat di dalam negeri telah sedikit dihantar ke luar negara.

Kita dapati pada waktu itu kebanyakan anak-anak Melayu, yang dipilih kerana pintarnya, yang belajar dalam bidang ilmu yang diajar oleh bukan Melayu, telah menemui kegagalan.

Yang belajar ugama, bahasa dan sastera Melayu, atau yang belajar di bawah pensyarah Melayu sahaja yang ramai berjaya. Kita dapati juga, pelajar-pelajar yang pergi ke luar negera, walaupun yang dianggap kurang pintar, telah mencapai kejayaan.

Apakah hebat sekali universiti kita sehingga pelajar Melayu yang pintar semuanya gagal dan yang kurang pintar mendapat kelulusan cemerlang di luar negera?

Maka keputusan politik pulalah yang telah menghantar lebih ramai anak-anak Melayu ke universiti di luar negera yang nampaknya boleh meluluskan pelajar kita yang kurang pintar untuk mengelak dari yang pintar terus terkorban di satu-satunya universiti tempatan.

Itulah cabaran kita di masa lalu. Kini cabaran sedemikian tiada lagi.

Bercambah-cambah anak-anak Melayu yang berkelulusan universiti tempatan dan luar negera sehingga kita tidak perlu berseminar lagi untuk mendesak kerajaan.

Benar, kerajaan telah memperuntukkan banyak biasiswa untuk pelajar Melayu jika dibandingkan dengan yang diperuntukkan kepada bukan Melayu.

Tetapi lantaran, tabung biasiswa swasta  jauh lebih besar dan tempat untuk bukan Melayu banyak di universiti Singapura, Taiwan dan India, sementara Melayu pula tidak dapat tempat di sana, dan tidak dapat biasiswa swasta,

Melayu tetap ketinggalam jika dibuat perbandingan Keputusan politik sebelum pemimpin masakini, dalam persaingan untuk menawan hati pengundi China telah mengorbankan usaha merapatkan jurang pencapaian antara kaum ini apabila peruntukan biasiswa kerajaan hampir disamaratakan antara Bumiputera dan selainnya sementara biasiswa swasta tetap kemarau untuk Melayu.

Kita berasa sedih kerana angka/jumlah Melayu yang berpendidikan tidak seimbang dengan bukan Melayu yang berpendidikan.

TETAPI.

Nampakkah kita bahawa kedurjanaan yang dilakukan oleh yang berpendidikan termasuk:

1. Rasuah yang lebih sofistikated dan tidak lagi seperti Melayu bodoh yang pandai hanya mencuri ayam;

2. Penyelewengan yang sukar dikesan kerana yang menyeleweng itu terpelajar;

3. Salah guna kuasa merata-rata kerana yang bodoh tidak berkuasa;

4. Penipuan secara yang lebih canggih kerana ilmu melimpah ruah; dan

5. LGBT, Liberalisma dan Pluralisma menjadi-jadi di bawah pimpinan orang yang cukup pintar.

KITA BERPOLITIK SEPERTI ORANG BERNIAGA, DAN KITA BERNIAGA SEPERTI ORANG BERPOLITIK.

Oleh itu Kita perlu fikirkan semula apakah dengan bertambahnya jumlah profesyenal Melayu dan Melayu yang berpendidikan maka bertambah beruntungkah bangsa Melayu di bumi bertuah ini?

CABARAN AWAL EKONOMI MELAYU

Mengenai ekonomi.

Di Bangsar, Kuala Lumpur terdapat satu jalan bernama Jalan Maarof. Tak ramai orang muda yang mengetahui kenapa jalan ini diberi nama Jalan Maarof. Bagi yang tahu nama Maarof inilah yang patut menjadi kenangan mengenai cabaran awal yang dihadapi oleh pendukung ekonomi Melayu di masa lalu.

Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.

Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.

Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.

Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang.

Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.

Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh  pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi.

Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.

Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.

Saya turut hadir dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama ini sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan.

Bank Bumiputra kini sudah tiada lagi.

Sejak Merdeka bangsa Melayu telah mengadakan beberapa Kongres Ekonomi seperti berikut:

1. Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama - 1965

2. Kongres Ekonomi Islam Pertama - 1968

3. Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua - 1968

4. Kongres Ekonomi Islam Kedua - 1972

5. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama - 1980

6. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua - 1992

7. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat - 1999

8. Kongres Ekonomi Islam Ketiga - 2009

9. Kongres Ekonomi Melayu - 2012

Sepanjang 8 Kongres Ekonomi Bumiputera dan Islam yang telah diadakan seramai sekitar 4,000 orang peserta telah mengambil bahagian yang aktif dan 290 usul telah diluluskan.

Hampir semua usul mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan atau menubuhkan itu dan ini.

Tidak ada langsung cadangan untuk kita sendiri bertindak.

KITA MINTA, KITA SURUH, KITA DESAK DAN KITA ARAH SUPAYA KERAJAAAN MEMBUAT SESUATU.

KITA TIDAK BUAT.

Setelah begitu lama kita tidak buat cadangan yang membuka peluang untuk kita bertindak atas inisiatif sendiri tiba-tiba laksana musim kemarau didatangi hujan Yang Berhormat Menteri Pendidikan mencadangkan tabung alumni UiTM yang wajib didukung oleh sekitar 500,000 graduan UiTM dengan sumbangan RM2,000.00 seorang dan mensasarkan jumlah kutipan RM1billion.

Syabas Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh.

Kongres Ekonomi ke 9 bernama 'Kongres Ekonomi Melayu' telah membawa tema 'Merdeka Ekonomi Kita' yang bererti bukan mendesak kerajaan tetapi mendesak diri kita untuk berbuat sesuatu untuk memerdekakan diri dari bergantung kepada kerajaan.

Apakah kita sudah siap untuk berdikari dalam bidang ekonomi?

Setelah 56 tahun 5 bulan dan 12 hari kita Merdeka.

Setelah 9 Kongres Ekonomi.

Setelah rada atusan ribu graduan dari universiti dan institut profesyenal dalam dan luar Negara?

Tidak adakah yang berani mengiakan pertanyaan ini?

YANG MEMPENGARUHI KITA

Apakah yang telah mempengaruhi kita selama ini?

Yang jelas ialah:

William Shawcross di dalam bukunya 'The Sideshow' telah mendakwa bahawa kekalahan Amerika Syarikat di bidang ekonomi di dunia tidak perlu menjadi kebimbangan besar kerana kekalahan itu diimbangi dengan kejayaannya melakukan penjajahan budaya di serata dunia, seperti mempopularkan lagu-lagu pop dan wujudnya rangkaian restoran seperti McDonald dan Kentucky Fried Chicken yang merobah cara makan masyarakat dunia.

Begitu penting penjajahan budaya sebegini bagi Amerika Syarikat sehingga di satu masa dulu pinjaman Bank Dunia kepada Negara China telah dilambatkan

- sehingga China membenarkan Michael Jackson membuat persembahan di China dan

- cawangan restoran McDonald mendapat izin untuk beroperasi di Beijing.

Berertilah ada usaha untuk mencemarkan budaya kita dengan cara yang tidak menguntungkan kita.

Apakah yang telah kita pelajari dari pengalaman dalam mendidik anak bangsa dan memajukan ekonomi bangsa?

Tun Dr. Mahathir telah dipetik di dalam buku Parag Khanna berjudul 'How To Run The World', terbitan 2011 sebagai berkata:

'Two millennia of experience and mountains of knowledge have not made us much more capable of managing our affairs than stone-age people.'

Jika Umat manusia gagal mempelajari sesuatu setelah 2 ribu tahun, kita tidak boleh mengharapkan Melayu berkemampuan mempelajarinya setelah Merdeka hanya lebih 56 tahun.

Apa yang kita tahu ialah sementara kita menggunakan kuasa politik untuk meningkatkan pencapaian kita dalam bidang pendidikan dan ekonomi kini kuasa itu sudah terancam.

APA ERTINYA KEHILANGAN MAJORITI 2/3 DALAM PARLIMEN

UMNO dan BARISAN NASIONAL yang dulunya PERIKATAN tidak pernah mengalami kegagalan mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen. Peratus ini adalah penting demi kesetabilan politik Negara kerana dengan majoriti yang nipis keadaan politik tidak stabil.

Wang boleh mempengaruhi wakil rakyat. Tidak perlu Wakil Rakyat yang ramai untuk berpindah parti untuk menumbangkan kerajaan. Wakil Rakyat yang sedikit menjadi penting. Mereka boleh dijual-beli untuk mengancam kerajaan.

Dalam PRU ke 2008, kerana rasuah dan napotisma, pemimpin kerajaan di waktu itu, Barisan Nasional telah kehilangan majoriti keramat 2/3 yang dipegang sejak Merdeka.

Apakah ertinya kekalahan ini?

Apa ertinya mendapat kurang dari 2/3 majoriti ini?

Besar ertinya.

Jika ianya menjadi permulaan kepada kekalahan atau kegagalan yang berterusan. Kekalahan atau kegagalan begini boleh membawa akibat seperti yang berlaku kepada Empayar Osmaniah pada tahun 1919. Kerajaan Osmaniah dulunya tidak pernah kalah dan kerana itu difikirkan tidak akan kalah untuk selama-lamanya.

Setelah kekalahan Empayar Osmaniah dalam The Battle of Lepanto pada 7 Oktober,1571, pihak Kristian menjadi bersemangat dan berupaya berjuang sepanjang 348 tahun. Itulah akibat kekalahan pertama seperti gagalnya Barisan Nasional mendapat majoriti 2/3 dalam PRU 12 dan 13 berikutnya.

Empayar Osmaniah pada awalnya tidak pernah kalah, dan difikirkan tidak mungkin dikalahkan (seperti BN dulunya tidak mungkin digagalkan dari mendapat majoriti 2/3).

Kekalahan Empayar Osmaniah pertama berlaku dalam The Battle of Lepanto pada tahun 1571. Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional pertama dari mendapat majoriti 2/3 berlaku dalam PRU ke 12 pada tahun 2008.

Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional kedua untuk mendapat majoriti 2/3 berlaku hanya 5 tahun kemudian. Kekalahan dan keruntuhan atau kehancuran Kerajaan Osmaniah kedua dan terakhir berlaku dalam tahun 1919 iaitu 348 tahun kemudian.

Gambarkanlah masa depan kita jika kita tidak membawa cara baru yang inovatif, transformasi yang berkesan dan menerajui satu 'Renaissance' ala kita setelah kita menemui sebabnya berlaku begini.

Setelah kita menyedari di mana salahnya kita

Setelah kita mengenal diri.

Sebabnya

Di perut kapal-kapal milik raja yang dikalahkan oleh pihak Kristian terdapat ketulan-ketulan emas yang begitu banyak, yang dikumpulkan dan dibawa oleh raja ke mana-mana dia belayar kerana takut kehilangan.

Bagitu tamaknya Raja dan pemerintah Osmaniah.

Kerana tamak lupa diri, dan salah perhitungan pemimpin Osmaniah di semua peringkat maka tenggelamlah mereka di dalam sejarah dunia. Beginilah yang tertulis dalam buku sejarah

"Before that battle the Turkish Warriors of the Ottoman Empire were thought to be invincible, strong and powerful, and they could not be defeated.

The morale of the Christians were very low then until their victory at the Battle of Lepanto."

"The Christianss have never forgotten this date 7th October, 1571, as the date  when their fate was reversed when they saw 240 ships of the Ottoman Empire sunk and 30,000 Muslims were dead or wounded as against only 12 ships of The Christian Holy League being sunk and only 9,000 dead or wounded."

That is why in Christian churches, the bells toll on the 7th of October every year.

LOCENG KEKALAHAN

Loceng inilah yang kini berdengong, menggegarkan sehingga kita tidak tahan mendengarnya sejak menara perpaduan Melayu tersungkur rebah  dalam PRU ke 12, dan lima tahun kemudian, dalam PRU ke 13.

Musuh Melayu mengetahui bahawa dengan memperalatkan tokoh-tokoh Melayu yang lupa diri yang bergelumang dalam maksiat,di alam dosa dengan cita-cita dan nafsu di luar kawalan, Melayu boleh dikalahkan seperti robohnya Empayar Osmaniah.

HAPARAN KITA

Tiba-tiba saya terdengar seruan Tun Dr. Mahathir memanggil kita untuk 'Pandang ke Timur'.

Ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Sudah tentu tercetusnya ide ini di dalam hati Tun Dr. Mahathir disebabkan pengalamannya, pembacaannya dan hasil renungannya yang cukup lama sementara meniti landasan menuju ke puncak kepimpinan Negara.

UNDEFENDED DOCTORAL THESIS

Kebetulan 'my undefended doctoral thesis' di Hamburg, Jerman Barat, di bawah penyeliaan Prof. Karl Schiller,

Menteri Ekonomi dan Kewangan di zaman Helmut Schmidt, juga bertajuk 'Japan's Economic Growth and the Future of South Korea and Taiwan'

Pada waktu dasar Pandang ke Timur dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir dunia ini bolehlah dibahagikan kepada 5 kumpulan.

FIVE ECONOMIC ZONES

1. The English speaking democracies - iaitu kumpulan Negara-Negara yang pernah dijajah oleh British yang sumber ilmunya dari buku-buku yang tertulis di dalam bahasa Inggeris.

2. The Communist world - Negara-Negara komunis seperti Korea Utara, Russia, China, Jerman Timur dan Poland yang kesamaan ide ekonominya kerana fahaman komunis walaupun diajar di dalam bahasa-bahasa yang berbeza.

3. The Muslim world of the Middle East or West Asia - terdiri dari Negara-Negara Islam yang kaya dan menggunakan kekayaan mereka untuk membeli senjata yang digunakan untuk berperang sesama sendiri.

4. The Catholic world of Latin America - yang Negara-negaranya kaya dengan hasil bumi yang belum dieksploitasikan, tetapi pemimpin-pemimpinnya boros dengan himpunan kekayaan untuk pribadi sehingga merugikan Negara.

Kesemua 4 kumpulan negara-negara ini menghadapi masalah ekonomi kerana patuh kepada ide, ilmu, fahaman dan nafsu masing-masing. Semua menghadapi masalah defisit.

Tetapi.

Kumpulan ke -

5. The non-English speaking democracies - seperti Jerman, Peranchis, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, pada waktu itu, sedang maju dengan kedudukan 'surplus' dan kedudukan ekonomi yang membanggakan.

Oleh kerana kita orang timur, kita lupakanlah Jerman dan Peranchis.

Jepun, Korea Selatan dan Taiwan ialah bangsa di timur seperti kita.

Apakah yang membezakan antara mereka dengan kita?

Saya selalu diingatkan oleh Prof. Schiller supaya dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah kita hendaklah jangan mencari penyelesaian di tempat yang salah.

Haben Sie etwas verloren?

Apakah kamu kehilangan sesuatu?

Ja

Ya

Was haben Sie verloren?

Apakah yang telah hilang?

Ein Kugelschreiber.

Pena

Haben Sie hier verloren?

Apakah hilangnya di sini?

Nein, ein weiter da.

Tidak sedikit jauh di sana.

Warum haben Sie hier suchen dann?

Kenapa kamu cari di sini?

Es gibt Licht hier.

Kerana di sini ada cahaya (dari lampu di tepi jalan)

Berertilah dia cari bukan di tempat yang hilang

Seperti Melayu, dia cari di tempat yang ada cahaya.

Sampai kiamat pun tak akan dijumpai yang hilang itu.

DI MANA KITA?

Sebelum kita dapat memahami di mana kita dan ke mana kita akan tuju elok juga kita pelajari apa yang dirumuskan oleh sejarawan Alexander Fraser Tytler pada tahun 1776 mengenai perangai manusia dalam meniti tamaddun sejarahnya.

Alexander berkata:

Man moves

1. From bondage (and poverty) to spiritual faith - Dari perhambaan (dan kemiskinan) timbul semangat keagamaan;

2. From spiritual faith to great courage - Kerana semangat agama timbul keberanian;

3. From great courage to liberty - Dari keberanian datanglah perjuangan menuju kebebasan

4. From liberty to prosperity (abundance) - Dari kebebasan datang kemewahan

5. From prosperity (abundance) to greed - Dari kemewahan datang sifat tamak;

6. From greed (selfishness) to frustration - Dari tamak datang kekecewaan;

7. From frustration to complacency - Dari kekecewaan datang kepuasan;

8. From complacency to apathy - Dari kepuasan datanglah sifat tidak peduli;

9. From apathy to dependency - Dari sifat tidak peduli datanglah sikap bergantung kepada orang lain;

10. From dependency back to bondage again - Dari bergantung kepada orang lain kembalilah kita dijajah.

Di peringkat manakah kita sekarang ini?

Kita berkecamuk di berbagai peringkat.

Dalam masa lebih 56 tahun kita merdeka jurang perbezaan antara kita dapat kita fahami dengan meneliti di mana kita dalam strata perkembangan sejarah negara.

JAPAN

Let us look at the Japanese.

When one talks about Japanese economic success one cannot avoid equating the successes of Japan from the successes of such Japanese companies as

Mitsubishi,

Mitsui,

Marubeni,

Sumitomo and

Dai-Ichi Kangyo which is currently absolved by C. Itoh.

These five companies were identified by the Financial Time of London as the five largest companies in the world, in that order, on 31st December, 1991.

It was the most embarrassing discovery to the corporate world of UK and the USA.

Especially, when the Japanese lost in WW II to the Allied Forces

led by the UK and the USA,

but in 1991 the 5 Japanese companies defeated the companies of the UK and the USA.

They appeared to have lost the war but won the peace.

This embarrassment necessitated the consolidation and amalgamation of the UK and USA companies which took place since 1991 till the present day.

What is the underlying background to the successes of these 5 Japanese companies?

Was it the Japanese knowledge of science and technology?

I don't think so, as more books are available in science and technology in the English language, which is the language of the UK and the USA, than in the Japanese language.

Was it the Japanese management know-how?

I don't think so as even Japanese, such as Kenichi Ohmae, is recommending American management method for Japanese Companies.

If you think that the Quality Control Circle is the catalyst for Japanese corporate success, you have to realize that all those thousands of Japanes companies which failed also practiced QCC.

We did not excel even with QCC.

The 5 companies

Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo and Dai-Ichi Kangyo

were all incorporated in 1873,

that is 5 years after the Meiji Restoration of 1868.

With the Meiji Restoration,

the Japanese Army was modernized

using modern weapons

and the traditional Japanese warriors,

the Samurais,

were sidelined to civilian life.

The Samurai were not happy being sidelined from politics and the army

and they decided to serve their country

in the global business arena.

The so called Ronins,

who are the Samurais without the Shogun,

were not armed with knowledge in management,

neither did they have scientific and technological know-how;

but they had the Bushido spirit of the Samurais.

THE BUSHIDO SPIRIT

This Bushido spirit comprises of 5 values which the Samurais upheld obsessively, rain or shine.

These values are:

- Trustworthiness - Amanah

- Courage - Berani

- Discipline - Disiplin

- Diligence - Rajin, and

- Loyalty - Setia

With these core values

accompanying their leadership and management efforts,

they acquired knowledge,

they mobilized their educated and their professionals,

they managed well

and they succeeded.

KOREA SELATAN

Pada 17 Disember, 1963 Presiden Park Chung Hee dari Korea Selatan, setelah menang pilihanraya dalam bulan Oktober, 1963, telah mengunjungi Bilik Gerakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Waktu itu Tun Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Sebelum taklimat diberi mengenai pembangunan luar Bandar Malaysia Presiden Park telah ternampak sepotong ayat dari Al Quran yang tertulis pada mukaddimah papan taklimat kementerian.

Apabila Presiden Park mengetahui maksudnya ayat itu ialah 'Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubahnya asendiri' beliau menyebut 'nampaknya agama Islam menghendaki umatnya berdikari atau 'self-help'.

Dalam taklimatnya di waktu hendak melancarkan program 'Saemul Undung' di negaranya, sebagai permulaan kepada inisiatif pembangunan Korea Selatan, Presiden Park telah memulakan ucapannya dengan berkata

'The religion of Muhammad has commanded that God shall not change the fate of man until they change themselves.'

Bermula dengan program inilah Korea Selatan yang dulunya lebih mundur dari Malaysia sebelum Park Chung Hee ke sini,kini menjadi lebih maju kerana mengamalkan sepotong ayat dari Al Quran, malah, mereka kini, menjadi saingan kepada Jepun.

Betapa hebatkah kita membangun Negara kita dengan inspirasi mana satu ayat dari 6,666 ayat di dalam Al Quran?

Kenapa kafir boleh belajar dari Al Quran sedangkan kita tidak ke mana?

Saya pernah menulis:

President Park knew and understood only one sentence of the Quran, but managed to plan and execute a program for the benefit of his people, whereas we read the whole Quran many times but never knew how to make a successful effort out of its teachings and wisdom.

President Park did better because, after being inspired by that one sentence of the Quran, he motivated his people based on his study of history, particularly the history of the 'Shilla Dynasty' and the

'Seven Years War' with the Japanese between 1592 to 1598,

when the Japanese, under the leadership of Toyotomi Hideyoshi were twice defeated by the Korean Admiral Yi Sun-chin with his 'Turtle Armada.'

The motivating element that led to victory during the 'Shilla Dynasty' and the 'Seven Years War' was the Hwarang-do, or 'The Way of Hwarang.' In 576 AD 'The Way of Hwarang' was perfected by the Buddhist monk who introduced the 'Five Injunctions for Mundane Life.'

The contents of these 5 injunctions are basically similar to the Bushido spirit of the Samurais. Its 'trustworthiness', 'courage', 'discipline', 'diligence' and 'loyalty.'

Just as the Bushido spirit, originally used in fighting, was used by the five Japanese companies to succeed in their business and economic activities, the Hwaraang spirit which gave unity and victory to the Koreans during the Shilla Dynasty and The Seven Years War led by Admiral Yu Sun-chin, was used by President Park Chung Hee to drive the economic growth of South Korea.

Park Chung Hee instilled the Hwarang spirit in the management personnel of his government and the leaders of the South Korean industries.

TAIWAN

While North Korea and China were, in earlier years, lulled into economic mediocrity by the Western Jewish thinker Karl Marx, Taiwan's economy was growing because of the Jinsheng spirit which is similar to the Bushido and the Hwarang spirit of Japan and South Korea.

Taiwan's management was also driven by the same core values which has become part of their second nature.

Bila saya bertanya Naib Presiden Taiwan Vincent Siow, semasa beliau masih menjadi Menteri Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana,sebelum naik menjadi Perdana Menteri Taiwan, atas sebabnya Taiwan maju tetapi China mundur, di waktu itu.

Beliau menjawab,

Taiwan itu rakyatnya China tetapi Negara China itu rakyatnya bukan China tetapi kominis.

Saya kenal Vincent Siow sejak beliau menjadi pelanggan The Chartered Bank di waktu beliau mengetuai perwakilan Taiwan di Malaysia atas nama syarikat milik negaranya. Saya di waktu itu bekerja sebagai eksekutif di bank Chartered. Bila Vincent mendengar kecurigaan saya atas sikap Jinsheng yang dikatakannya ada pada orang Taiwan

sedangkan saya tahu ramai taukeh besar China kaya kerana

- judi,

- terlibat dalam perniagaan dadah,

- aktif dalam kegiatan kongsi gelap, dan

- mengurus rangkaian outlet pelacuran

lantas Vincent berkata -

'Di dalam sesebuah Negara tidak mungkin semua rakyatnya bersikap Jinsheng

iaitu

-amanah,

- berani,

- disiplin,

- rajin dan

- setia.

Yang perlu ialah cukup ramai pemimpin di berbagai peringkat menghayati nilai murni itu.

Taiwan, katanya, perlu hanya sekitar 20,000 pemimpin dan ketua di berbagai bidang dan tahap yang mengamal prinsip berkenaan.

Kata Vincent Siow, bagi Malaysia mungkin perlu seramai itu juga.

RUMUSAN

Oleh itu. Kita tidak perlu ada terlalu ramai cerdik pandai, dengan ijazah berjela-berjela jika mereka itu -

- Tidak amanah

- Penakut

- Tidak disiplin

- Malas, dan

- Pengkhianat.

Melayu perlu ada sekitar 20,000 orang yang terpelajar, atau berkelulusan dan profesyenal yang amanah, berani, disiplin dan setia.

- Amanah menangani kuasa

- Berani mengambil tindakan dan menghadapi risiko

- Disiplin dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab

- Rajin dan bertungkus lumus menjalankan tugas dan berkorban untuk bangsa dan negara

- Setia kepada keluarga, sahabat, kampong, mukim, daerah, negeri, Negara, bangsa dan Umat

Dari antara ribuan yang sudah berkelulusan dan dari antara ribuan yang akan lulus mampukah kita mengesan 20,000 anak bangsa yang mempunyai nilai-nilai tersebut.

ISLAMIC VALUES

If you ponder closely the five values in the

- Bushido

- Hwarang, and

- Jinsheng

You will find that

- Trustworthiness or Amanah

The Quran says: 'Successful indeed are the believers ... those who are faithfully true to their amanah (trusts) and to their covenant' (al-Mu'minun: 1-8)

Islamic trustworthiness (al-Amanah) is reflected in Muslim's words and dealings. Muslims with this virtue are Muslims with high degree of honesty and integrity. They are responsible to be honest and trusted by colleagues and partners.

- Courage or Keberanian

The Quran says: 'The mosque of Allah shall be maintained only by those who believe in Allah and the Last Day; perform the Salah, and give the Zakah, and fear none but Allah. It is they who are the true guidance.' (al-Taubah: 18)

True Islamic courage (syaja'ah), as outlined in the Qur'an, is showing determination in respecting all of Allah's limits, without exception, and without hesitation, fearing none other than Allah, and not deviating from this course whatever the circumstances. Essentially courage is the virtue that arises as a result of faith, in those who fear no one but Allah, and who are deeply devoted to Him. The very basis of the courage of the faithful is their love and fear of Allah, and their rendering sincere effort to earn his good pleasure. For that reason, their courage in fulfilling the requirements of morality is not dependent on specific circumstances. Those who believe in Allah show courage as an outcome of their fear of Allah and longing for the Hereafter. Because they are sincere, they are also courageous and brave. And the most courageous and brave are the people of knowledge.

- Discipline or Disiplin ( with different spelling)

The Quran says: ''Then we have put you (O Muhammad pbuy) on a (plain) way of (Our) commandment and laws, so follow.' (al-Jathiyah: 18

True Islamic discipline is reflected through consistent adherence to the rules and regulations (al-Ittiba') and remains steadfast (al-Istiqamah) with continuous obedience and positive belief in our doings.

- Diligence or Rajin, and

The Quran says: 'And strive hard in Allah's course as you ought to strive (with sincerity and efforts' (al-Haj: 78)

Islamic diligence is an expression of enthusiastic interest and sincere devotion to a course in accomplishing it. Muslims are those who never lose the enthusiasm in their hearts throughout their lives. They continue to strive hard towards precision in all matters, to be the best of all.  This is due to the source of their diligence which is faith in Allah and their major goal is earning the good pleasure of Allah, His mercy and His paradise.

- Loyalty or Setia

The Quran says: 'Truly, my prayer and my devotion, my life and my death, are (all) for Allah, the Cherisher of the Worlds.' (al-An'am: 162)

One of the distinguishing features of believers is a sense of loyalty - Islamic loyalty. Muslims, in their real sense, are loyal and very much against self-interest. A Muslim would fail to keep his self-respect if even once he demonstrated a minor neglect in his loyalty. When one loses self-respect completely, one gradually approaches a point where one loses faith.

are all values highly propagated by Islam.

The 'muru'ah' spirit of the Qurasyh summarises the five core values in the Bushido, Hwarang and Jinsheng.

That's the reason they were strong in the defense of paganism; but when they were converted to Islam the same spirit was instrumental in the expansion of the Islamic Empayar.

But these Islamic values are practiced by the Japanese, the Koreans and the Chinese in Taiwan.

It proves that by just reading the Holy Quran and knowing the core values will not help us to progress, as they say in Arabic,

Al ilmu bi la amal, ka syajari bi la samar', or

'Ilmu yang tidak beramal laksana pohon yang tidak berbuah'.

In English we have a saying,

'Words without deeds is a garden full of weeds', or

'Kata-kata tanpa amalan adalah laksana taman yang ditumbuhi lalang.'

Whatever our disagreements, on one thing we must agree today, and that is the core Islamic values in Bushido, Hwarang and Jisheng, ingrained in the Japanese, the Koreans and the Taiwanese ( as of now - even the mainland Chinese ) should be put into practice by knowledgeable Malays and Malays who are out to gain knowledge.

In that way the Malays can lead their nation, states, and institutions towards greater achievements.

KNOWLEDGE WITHOUT VALUES

We should be able to avoid the disaster that has befallen such companies as ENRON, that was led and managed by educated, qualified and trained executives, with management know-how, but without the core values.

Apa yang diperlukan oleh bangsa Melayu ialah anak bangsa yang berilmu yang turut menghayati nilai-nilai murni seperti amanah, berani, disiplin, rajin dan setia iaitu nilai-nilai Islam yang diamal oleh penganut fahaman Bushido di Jepun, Hwarang di Korea Selatan dan Jinsheng di Taiwan

Sekian, Wabillaahi taufiq Wassalaamu'alaikum

Wallaahu'aklam

Sanusi Junid - Sumber