Bila baru baru ini berlaku kemalangan bas berturut turut yang meragut nyawa tiap hari ,maka JPJ tiba tiba menunjukan keupayaannya yang tersembunyi, mengeluarkan taringnya yang tajam, melakukan pemerekaan mengejut keatas bas bas penumpang,mengadakan pegawai penyamar diatas bas, ujian dadah keatas pemandu ,menghentikan khidmat bas dua tingkat( permitnya telah dikeluarkan dengan sewenang- wenang), memantau exploitasi terhadap pemandu bas, memantau dari dekat bas melampaui had laju dan sebagainya. Tiba tiba JPJ boleh buat segala-galanya.
Kenaapa ini semua tidak dilakukan dengan inisiatif sendiri dari JPJ ,kenapa menunggu sehingga telah jelas kepada rakyat tangan tangan pegawai JPJ berdarah dengan malapetaka jalan raya ?Kenapa harus menunggu pemikiran dan cadangan dari orang lain sedangkan semua tindakan yang dipertontonkan kepada ramai itu memang boleh dilakukan dengan mudah oleh JPJ sendiri?
Mesyuarat berbagai pihak untuk merangka tindakan dan syor oleh jawatankuasa jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengatasi kemalangan bagi tindakan JPJ adalah sebenarnya memberi peluang lebih masa (overtimes) kepada pegawai pegawai JPJ untuk tidak menjalankan tugas,untuk berkerja sambil lewa sambil terus menerima rasuah.
Tidakah tindakan keras dan tegas yang sedang diambil sekarang hanyalah bersifat sandiwara untuk mengabui mata orang ramai?
Janganlah kerana sekarang banyak syarikat bas dimiliki oleh orang Melayu, maka alasan "keistimewaan" digunakan untuk mengizinkan kemesraan dan saling bermaafan antara JPJ dengan syarikat syarikat ini. Nyawa penumpang tidak boleh digadaikan dengan hak istimewa Melayu apatah lagi jika pengusaha bas itu adalah orang parti parti kerajaan.
Saya lebih yakin tindakan tindakan JPJ sekarang ini hanya sekadarkan untuk meredakan kemarahan orang ramai. Tindakan tindakan ini hanya bersifat hangat hangat tahi ayam? Semua tindakan yang diambil sekarang hanya untuk melepaskan batu ditangga,semuanya akan dihentikan dengan alasan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana perkhidmatan bas terpaksa dikurangkan kerana kekurangan tenaga,akan terpaksa dihentikan dahulu atas permintaan syarikat syarikat bas yang menghadapi masalah untuk mendapat pengganti bagi pemandu penagih dadah atau masalah masalah yang timbul berikutan dengan tindakan dan JPJ pula tidak dapat menjalankan tindakan dengan konsisten kerana kekurangan kakitangan.
Bersedialah kita seluruh rakyat untuk mendengar semua alasan karut marut ini disamping melihat lakonan JPJ ini.
Bagi saya apapun sandiwara JPJ, SPRM mesti menyelongkar dari pucuk keakar umbi khazanah rasuah dalam JPJ.Seolah olah ada keistimewaan yang diberikan kepada JPJ sehingga amat jarang pegawai pegawai jabatan ini ditangkap atau dihadapkan di mahakmah atas tuduhan rasuah pada hal orang ramai yang berintraksi dengan mereka dari atas sampai kebawah tahu bahawa inilah lubuk rasuah.
Wabak JPJ merebak ke Puspakom dan berlaku dengan lebih dahsyat lagi dan sekarang ada SPD( Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,apakah Pengerusinya Syed Hamid Albar dapat menjamin wabak ini tidak akan berjangkit? - Sumber

Sampai bila rakyat perlu menyambung nyawa dengan menaiki pengangkutan awam. Setiap kali berlaku kemalangan membabitkan bas ekpress, barulah JPJ terhegeh hegeh nak buat itu ini. Padahal sebelum itu JPJ buat bodoh saja. Dan aku sangsi dengan kenyataan yang dibuat JPJ berkenaan operasi yang mereka jalankan. Adakah benar benar mereka melakukan operasi ataupun sekadar cerita penyedap sidang media.
Selain itu, undang undang lapok JPJ seperti penggunaan cermin gelap membuatkan rakyat semakin benci. Apabila rakyat menggunakan cermin gelap, mereka disaman sedangkan orang politik, menteri menteri dan Raja Raja semua boleh pula bebas pakai. Rakyat bawa laju sedikit sudahkan dikenakan saman. Tapi menteri menteri dan Raja Raja boleh pula bawa laju sampai habis meter. Siap ada polis pulak jadi pengiring dok halau pengguna jalanraya lain ke tepi. Padahal rakyat juga membayar cukai jalan. Ini semua adalah tidak adil dan berat sebelah. Undang undang hanya menguntungkan pemerintah dan orang orang kaya sedangkan rakyat tertindas dengan pelbagai akta undang undang.
No comments:
Post a Comment