Red Bean Army yang didalangi sepenuhnya oleh DAP sedang cuba menggamit kedatangan kuasa-kuasa besar untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. Tentera-tentera siber DAP dan Pakatan Rakyat itu juga yang kebanyakannya langsung tidak faham Bahasa Kebangsaan walaupun turut mendakwa mereka adalah rakyat Malaysia, sedang cuba melaga-lagakan Kerajaan Malaysia dengan rakyat negara China menerusi perkongsian bahasa, pertuturan dan tulisan.
Biarpun Facebook diharamkan di China tetapi Negara Tembok Besar itu memiliki ‘Facebooknya’ yang tersendiri dinamakan sebagai Renren atau ’Chinese Facebook’. Selain forum-forum yang turut dikendalikan dalam Bahasa Cina, beberapa portal seperti Yahoo turut dikuasai oleh golongan ini. Di sinilah mereka mereka melakukan segala pembohongan, tohmahan dan fitnah yang sudah tentu tidak dapat dibalas oleh pro-Kerajaan kerana pelbagai sekatan yang dibuat termasuklah posting kena padam atau komen tidak dibenarkan siar.
Malaysia sebenarnya mempunyai kuasa menyekat tohmahan, fitnah dan hasutan ini menerusi pelbagai cara, termasuklah akta dan undang-undang sedia ada. Malaysia ada agensi yang pelbagai untuk tujuan ini termasuklah Suruhanjaya Multimedia. Malah Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi ketika kempen Pemilihan Agung UMNO tidak lama dahulu sedang rancak, begitu bersungguh-sungguh untuk mengekang sebarang unsur-unsur subversif yang boleh menjahanamkan negara ini.
Cerita tentang RBA (Red Bean Army) bukanlah baru diperkatakan. Sudah terlalu lama. Namun sehingga kini, tidak seorang pun subversif tersebut ditangkap, didakwa, ditahan mahupun dihukum. Kebanyakan daripada bebas begitu sahaja. Sedangkan pada masa yang sama, beberapa pemain siber yang pro-Kerajaan pula telah dipanggil, diberi amaran keras, malah dihukum kerana melakukan provokasi terhadap Pakatan Rakyat, bukannya negara!
Timbul persoalan, apakah sebenarnya pihak berkuasa Malaysia tidak cekap? Atau barangkali juga sekadar memandang remeh peranan yang dimainkan oleh RBA yang dibantu oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP? Apakah cubaan RBA untuk mewujudkan ketegangan antara rakyat negara China dengan Malaysia, bukan perkara besar yang perlu diatasi secepat mungkin?
Atau sebenarnya pihak berkuasa Malaysia tidak berkeupayaan untuk menyekat, mengekang atau menghapuskan ancaman subversif tersebut kerana beranggapan Malaysia adalah sebuah negara aman yang tidak dimusuhi oleh sesiapa pun melainkan segelintir ’budak-budak nakal’?
Sudah berulang-ulang kali saranan dibuat agar Kerajaan Malaysia melakukan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih ketat serta berterusan. Namun segala saranan tersebut bagaikan mencurah air ke daun keladi. Langsung tidak diambil kira. Kalau ada pun, sekadar untuk dijadikan modal bercakap sedangkan perlaksanaannya hanya melepaskan batok di tangga, sebagaimana yang dapat kita saksikan menerusi perlaksanaan penghapusan PATI yang sebelum itu, bukan main garang diuar-uarkan tetapi akhirnya perlaksanaan menyaksikan betapa lembik, lembut dan tidak berkeupayaannya pihak terbabit melaksanakan aku janji mereka sendiri!
Apakah sebenarnya Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Dalam Negeri yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan negara ini, masih tidur, masih lagi berprasangka baik, masih lagi beranggapan semua ini hanyalah kerja budak-budak nakal dan bukan ancaman besar terhadap keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat serta penduduk negara ini?
Sampai bila sebenarnya KDN baru hendak terjaga dari tidur dan memulakan kerja mereka dengan sebaik-baiknya? Sampai bila segala anasir asing, termasuklah PATI dipantau, dibanteras dan dihalau keluar dengan lebih berkesan memandangkan walaupun dikatakan operasi dilakukan, lambakan PATI tidak pula berkurangan, bahkan semakin bertambah.
Sudah berpuluh ribu laporan polis dibuat tetapi sehingga kini, tindakannya…. AMAT MELETIHKAN!!!
Sumber : MYKMU
No comments:
Post a Comment