Thursday 24 April 2014

RAFIZI RAMLI MASIH BELUM INSAF WALAUPUN BERGELAR HAJI


Rafizi kononnya mendedahkan bahawa hasil campur tangan PM sebuah syarikat yang bernama NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd telah diberikan geran penyelidikan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ( MOSTI) sebanyak RM 100 juta untuk projek komersial. Baca di sini

Cara Rafizi putar ianya cuba menggambarkan bahawa PM telah 'mengarahkan' pemberian wang itu kepada syarikat berkenaan.

Sekarang mari kita patahkan satu persatu kenyataan si bangang tersebut…

Yang pertama sekali pembohongannya yang besar adalah tentang syarikat berkenaan. Rafizi mendakwa syarikat NSE Resources adalah sebuah syarikat swasta tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan.

Berikut saya petik dari blog dia…

    3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources. - Rafiziramli.com

Inilah pembohongan paling besar yang pertama yang dilakukan Rafizi. Untuk pengetahuan anda semua, syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat usahasama dimana 25 % sahamnya dimiliki oleh kerajaan melalui Malaysia Venture Capital (Mavcap). Mavcap dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan diperbadankan ( MOF Incorporated) . Lihat di sini

Kita sama-sama pantau samada Rafizi akan padam atau ubah perkara ini dalam blog dia.

Rafizi berkata syarikat berkenaan diberi geran penyelidikan…

Dalam urusan surat menyurat samada melibatkan syarikat itu, PM, dan Menteri Sains, tidak ada satu patah perkataan pun yang digunakan mengatakan geran itu adalah geran penyelidikan.  Saya akan tunjuk surat berkenaan di bawah.

Datuk Najib adalah seorang PM yang mengetuai sebuah negara. Beliau juga orang yang lama dalam kerajaan. Beliau telah hafal dan fasih prosedur atau peraturan yang ditetapkan kerajaan. Apa yang salah, apa yang betul, mana yang boleh, mana yang tak boleh. Bukan seperti Rafizi yang mengaku dirinya seorang akauntan berdaftar, tetapi undang-undang BAFIA pun tak tahu. Cuba beritahu saya orang mana dalam dunia ini jika mereka melakukan penyelewengan atau salah guna kuasa mereka berani buat secara rasmi ?

Dalam kes yang dibangkitkan Rafizi ini dia menunjukkan semua surat menyurat rasmi antara syarikat berkenaan kepada PM dan surat daripada pejabat PM kepada Mosti. Dan juga surat Menteri Sains kepada syarikat berkenaan. Semuanya dilakukan secara rasmi dan menggunakan kepala surat rasmi. Malah minit yang dicatatkan Datuk Najib juga turut disertakan dengan cop PM. Ini sudah cukup untuk menunjukkan perkara tersebut tidak menyalahi peraturan. Jika ini satu penyelewengan, salah guna kuasa atau salah disisi undang-undang, apa ke bodohnya semua dilakukan secara rasmi ?

Ini adalah surat permohonan daripada syarikat berkenaan kepada PM. Setelah menyemak semua perkataan dalam surat berkenaan saya dapati tidak ada sepatah perkataan pun yang digunakan oleh syarikat berkenaan yang mereka memohon geran penyelidikan.
Berhubung catatan minit oleh PM yang Rafizi kata ianya salah sehingga dia hendak buat laporan kepada SPRM. Apabila dia nak buat laporan kepada SPRM bermakna sudah berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan.

PM telah menulis seperti berikut, YB DATUK D EWON EBIN, UNTUK PERTIMBANGAN SAYA TIADA HALANGAN JIKA PROJEK INI SESUAI. Kemudian disusuli dengan tandatangan dan cop Perdana Malaysia.

Jika perkara ini menjadi kesalahan, beranikah PM nak tulis dengan tulisan tangan beliau sendiri, pakai pen, tandatangan beliau, tulis tarikh dan cop PM ?

Orang yang melakukan kesalahan mereka akan tulis guna pensil supaya boleh dipadam atau tulis diatas kertas kecil lain dan lekatkan sedikit diatas kertas berkenaan dan dia tidak akan gunakan cop beliau. Itu antara contoh orang yang buat kerja salah.

Jika PM mencatatkan YB MENTERI, SILA LULUSKAN PERKARA INI DENGAN SEGERA. Itu sudah menjadi kesalahan.

Dalam catatan itu PM terang-terang menyerahkan keputusan berkenaan kepada Menteri Sains selaku menteri yang bertanggungjawab dan PM menggunakan perkataan PERTIMBANGAN dan JIKA.

Setelah PM mencatatkan minit, permohonan syarikat NSE Resources dipanjangkan pula kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekali lagi ianya dilakukan secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Sulit PM dan menggunakan kepala surat rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

 

Tidak ada apa-apa unsur paksaan, arahan atau salah guna kuasa dalam surat ini. Juga tidak langsung dicatatkan permohonan geran penyelidikan Mosti. Terang-terang ditulis dikemukakan untuk perhatian pihak YB. Semua keputusan diserahkan kepada menteri berkenaan.

Setelah dua bulan Menteri berkenaan menghantar surat rasmi kepada syarikat berkenaan. Mungkin masa yang lama diambil adalah untuk pihak kementerian menyiasat atau melakukan penyelidikan terhadap syarikat berkenaan, kesahihan projek dan sebagainya.


Sekali lagi dalam surat ini tidak ada sebarang perkataan digunakan yang menyatakan bahawa geran yang diberi adalah geran penyelidikan. Dan surat ini adalah surat rasmi dan menggunakan kepala surat kementerian.  Dalam surat ini menteri secara terang-terang menyatakan bersetuju untuk memberi kelulusan permohonan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Saya mendapat maklumat mengatakan sehingga kini syarikat berkenaan belum lagi menerima apa-apa geran atau sesen wang daripada kerajaan walaupun tiga bulan telah berlalu.

Jika ini salah guna kuasa daripada PM atau arahan PM agar syarikat berkenaan diberikan geran, kenapa lagi perlu menteri berkenaan menulis begitu ? Lainlah jika beliau tulis, Kementerian ini bersetuju memberi kelulusan kepada permohonan tanpa apa-apa syarat kerana ianya arahan PM.  

Kisah surat sokongan ini adalah benda yang telah menjadi lumrah dalam negara kita. Jangan kata PM, wakil rakyat biasa tak kira daripada parti mana sekali pun mesti akan keluarkan surat sokongan tidak kira untuk apa-apa urusan.

Kisah surat sokongan ini pernah menjadi isu besar di Selangor apabila setiausaha politik MB Selangor pernah mengeluarkan surat sokongan kepada sebuah agensi kerajaan negeri yang melibatkan firma guaman anak saudaranya. Itu terang-terang salah sebab dia keluarkan surat sokongan kepada syarikat yang ahli keluarganya mempunyai kepentingan.



Namun begitu apabila kena kepada mereka dan benda yang terang-terang salah, maka mereka kata tak salah. Apabila kena kepada BN maka gegak gempitalah alam ini.- Sumber

PEGAWAI JPJ TANGGUNG DOSA MEMBUNUH PENGGUNA BAS


Bila baru  baru ini berlaku kemalangan bas berturut  turut yang meragut nyawa tiap hari ,maka JPJ  tiba tiba menunjukan keupayaannya yang tersembunyi, mengeluarkan taringnya yang tajam, melakukan  pemerekaan mengejut keatas bas bas penumpang,mengadakan pegawai  penyamar diatas bas, ujian dadah keatas pemandu ,menghentikan khidmat bas dua tingkat( permitnya telah dikeluarkan  dengan sewenang- wenang), memantau exploitasi  terhadap pemandu bas, memantau  dari dekat bas melampaui had laju dan sebagainya. Tiba tiba JPJ  boleh buat segala-galanya.

Kenaapa ini semua tidak dilakukan dengan inisiatif  sendiri dari JPJ ,kenapa menunggu sehingga telah jelas kepada rakyat  tangan tangan pegawai JPJ berdarah dengan  malapetaka jalan raya ?Kenapa harus menunggu pemikiran dan cadangan dari orang lain sedangkan semua tindakan yang dipertontonkan kepada ramai itu  memang boleh dilakukan  dengan mudah oleh JPJ sendiri?

Mesyuarat berbagai pihak untuk merangka tindakan dan syor  oleh  jawatankuasa jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengatasi kemalangan  bagi tindakan JPJ  adalah sebenarnya memberi peluang lebih masa (overtimes) kepada pegawai pegawai JPJ untuk tidak menjalankan tugas,untuk  berkerja sambil lewa sambil  terus menerima rasuah.

Tidakah  tindakan  keras dan tegas yang sedang diambil sekarang hanyalah bersifat sandiwara untuk mengabui mata orang ramai?

Janganlah kerana sekarang banyak syarikat bas dimiliki oleh orang Melayu, maka alasan "keistimewaan" digunakan untuk mengizinkan kemesraan dan saling bermaafan antara JPJ dengan syarikat syarikat ini. Nyawa penumpang tidak boleh digadaikan dengan hak istimewa Melayu  apatah lagi jika pengusaha bas itu adalah  orang  parti parti  kerajaan.

Saya lebih yakin tindakan tindakan  JPJ  sekarang ini hanya sekadarkan untuk meredakan kemarahan orang ramai. Tindakan  tindakan ini hanya bersifat hangat hangat tahi ayam?  Semua tindakan yang diambil sekarang hanya untuk melepaskan batu ditangga,semuanya  akan  dihentikan dengan alasan  menimbulkan kemarahan  orang ramai kerana perkhidmatan bas terpaksa dikurangkan kerana kekurangan tenaga,akan terpaksa dihentikan dahulu atas permintaan syarikat syarikat bas yang menghadapi masalah untuk mendapat pengganti bagi pemandu penagih dadah atau  masalah masalah yang timbul berikutan dengan tindakan dan JPJ pula tidak dapat menjalankan tindakan dengan konsisten kerana kekurangan kakitangan.

Bersedialah kita seluruh rakyat untuk  mendengar semua alasan karut marut ini  disamping melihat lakonan JPJ ini.

Bagi saya apapun sandiwara JPJ, SPRM mesti menyelongkar dari pucuk keakar  umbi khazanah rasuah dalam JPJ.Seolah olah ada keistimewaan yang diberikan kepada JPJ sehingga amat jarang pegawai pegawai jabatan ini ditangkap atau dihadapkan di mahakmah atas tuduhan rasuah pada hal orang ramai yang berintraksi  dengan mereka dari atas  sampai kebawah tahu bahawa inilah lubuk rasuah.

Wabak JPJ merebak ke  Puspakom  dan berlaku dengan lebih dahsyat lagi dan sekarang ada SPD( Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,apakah Pengerusinya Syed Hamid Albar dapat menjamin wabak ini tidak akan berjangkit? - Sumber

Sampai bila rakyat perlu menyambung nyawa dengan menaiki pengangkutan awam. Setiap kali berlaku kemalangan membabitkan bas ekpress, barulah JPJ terhegeh hegeh nak buat itu ini. Padahal sebelum itu JPJ buat bodoh saja. Dan aku sangsi dengan kenyataan yang dibuat JPJ berkenaan operasi yang mereka jalankan. Adakah benar benar mereka melakukan operasi ataupun sekadar cerita penyedap sidang media. 

Selain itu, undang undang lapok JPJ seperti penggunaan cermin gelap membuatkan rakyat semakin benci. Apabila rakyat menggunakan cermin gelap, mereka disaman sedangkan orang politik, menteri menteri dan Raja Raja semua boleh pula bebas pakai. Rakyat bawa laju sedikit sudahkan dikenakan saman. Tapi menteri menteri dan Raja Raja boleh pula bawa laju sampai habis meter. Siap ada polis pulak jadi pengiring dok halau pengguna jalanraya lain ke tepi. Padahal rakyat juga membayar cukai jalan. Ini semua adalah tidak adil dan berat sebelah. Undang undang hanya menguntungkan pemerintah dan orang orang kaya sedangkan rakyat tertindas dengan pelbagai akta undang undang.

Monday 21 April 2014

TANGAN JPJ BERLUMURAN DARAH RAKYAT


Tidak perlu lagi kita membuang masa membahaskan punca kemalangan bas di jalan jalan raya di negara ini yang berlaku dari hari ke hari  dengan memakan korban berdarah beratus nyawa manusia.

Konklusi paling mudah ialah kerjasama mesra dan  rasuah antara pegawai pegawai JPJ dengan syarikat syarikat  bas adalah punca utama.

Bagaimanakah  boleh adanya pemandu penagih dadah, pemandu choi, pemandu  berkerja lebih masa dan pemandu yang menjadikan jalan raya sebagai litar lumba kereta jika tidak ada pengambilan pemandu dengan sewenang wenang,jika tidak ada kerjasama mesra  dan maaf bermaafan antara pegawai pegawai JPJ dengan syarikat  syarikat bas.

Tidak lama dahulu saya membaca kenyataan seorang pegawai tinggi JPJ mengatakan dia terkejut melihat bas lari di lebuh raya  melebihi 120 kilometer satu jam.Dia terkejut tetapi orang ramai terkejut dengan kenyataannya. Tak adakah pegawai pegawainya memantau di jalan raya yang memberitahunya atau pun dia tidak tahu tugasnya.

Orang ramai melihat kejadian ini setiap saat,setiap jam,setiap hari. Kereta  mereka dipotong oleh bas . Adakah manusia macam ini layak jadi pegawai tinggi JPJ?

Bekas Perdana Menteri  Dr.Mahathir  pernah menyatakan  menambah jabatan kerajaan untuk menambah kecekapan dan bagi mencegah rasuah sebenarnya membesarkan lagi kek rasuah. Inilah yang berlaku kepada JPJ dengan adanya pegawai pegawai penguakuasanya di jalan raya.

Orang ramai tidak perlu bercakap memberikan berbagai cadangan,akhbar akhbar tidak lagi perlu membuang ruang  untuk menyiarkan berbagai cadangan,syor dan idea idea untuk mencegah kemalangan bas  tetapi seharusnya satiap kali berlaku kemalangan bas, media  menyiarkan berita besar  " Tangan  JPJ Berlumuran Lagi Dengan  Darah"

 Ketua Pengarah  Jabatan Pengangkutan Jalan  sewajarnya ditukarkan setiap kali berlaku kemalangan bas  dan syarikat teribat mestilah digantung  serta merta perkhidmatannya  sebelum sempat mereka membina jambatan mesra dengan kakitangan atau pegawai pegawai JPJ  atau sebelum berlakunya urusan minyak  pelicin.

Ini bukan luahan dan sentimen  kemarahan hanya dari saya tetapi inlah cakap digerai gerai,di kedai kedai kopi, ditempat awam dan di kalangan media  yang melibatkan maruah  kerajaan Barisan Nasional.

Kemalangan yang berlaku di kilometer 116 Jalan Kuantan Kuala Lumpur pada 19 April yang melibatkan tiga penumpang parah dan 13 cedera, hanya seminggu selepas kemalangan melibatkan bas ekspress yang meragut tiga nyawa di kilometer 11 Jalan Bentong Raub  dan  yang terakhir( 20 April)  di Jalan Kuantan -Segamat memakan seorang kroban,dalah rangkaian  trajidi berdarah yang memerahkan  maruah JPJ kepada taraf paling rendah.

Semua ini tidak akan berlaku  jika ada ketegasan,pemantuan yang serius dan berterusan dan tindakan segera yang tidak mengenal kemaafan dan  sekiranya tidak adanya rasuah di kalangan pegawai pegawai  JPJ tetapi suatu hal yang juga mengherankan orang ramai mengapakah pegawai  pegawai dari JPA yang paling kurang di tangkap atau dihadapkan di mahkamah atas tuduhan rasuah???????.

SPRM sepatutnya  menjadikan JPJ sebagai sasaran utama mereka dalam membasmikan rasuah di negara ini .Hal ini sukar tetapi ada cara untuk menyampaikan mesej tiada maaf bagimu kepada Jabatan Perasuah Jalan (JPJ)ini. - Sumber

Friday 18 April 2014

RAKYAT SELANGOR MENDERITA DITIMPA BALA

Selepas PKR Selangor dengan angkuh menolak pembinaan loji air langat2, satu persatu bencana menimpa Selangor. Sehinggakan Allah s.w.t menarik semula nikmat hujan di negeri berkenaan. Cuaca panas telah mengeringkan empangan air di Selangor.

Rakyat Selangor mula merasa resah gelisah dengan keadaan ini. Tetapi seperti biasa PKR masih lagi angkuh dan sombong. Masih mendabik dada seolah olah mereka mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah kemarau. Tetapi tindakan PKR hanya merugikan rakyat Selangor. Malah mereka bertambah menderita apabila PKR berkeras mahu mencatu bekalan air.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menarik balik arahan catuan bekalan air bersih yang dikenakan kepada pengguna di negeri itu termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sebaliknya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, catuan tersebut akan diteruskan memandangkan paras air di semua empangan didapati masih belum cukup untuk membolehkan tindakan sedemikian dilakukan.

"Kerajaan negeri tidak boleh tarik balik catuan sekarang. Ini ke-rana langkah itu akan menyebabkan kesan lebih buruk iaitu air empangan akan turun lagi cepat," katanya pada sidang Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Mohd. Shamsudin Lias (BN-Sungai Burung) mengemukakan usul menggesa kerajaan negeri supaya menghentikan catuan air yang sedang dihadapi rakyat Selangor.

Bagaimanapun, usul tersebut ditolak majoriti ahli dewan.
- Sumber


Tuesday 15 April 2014

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA SIASAT DALAM RED BEAN ARMY


Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dalang yang menyokong pergerakan tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA).

Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, penubuhan suruhanjaya siasatan itu perlu bagi menyiasat punca serta sumber kewangan yang menyokong pergerakan itu selama ini.

Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga perlu mengambil pendekatan lebih serius untuk menangani masalah RBA yang semakin berleluasa.

“Sampai bila kita mahu membiarkan perkara ini terus berleluasa. Kita mahu tahu siapa dalang serta di mana mereka memperoleh sumber kewangan supaya dapat maklumat yang jelas tentang perkara ini.

“Oleh itu, saya mahu kerajaan serius. Ini kerana kita tidak mahu menentang perkara ini pada setiap hari tanpa arah tujuan. Selagi perkara ini tidak disiasat dengan serius, masalah tidak akan selesai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang tindakan RBA yang berterusan memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam pelbagai isu termasuk usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Nadzim berkata, tohmahan serta fitnah yang dilemparkan RBA terhadap kerajaan telah memberi imej buruk kepada Malaysia dalam kalangan masyarakat luar.

Katanya, impaknya dapat dilihat apabila ramai rakyat China membatalkan kedatangan mereka ke Malaysia kerana percaya dengan fitnah yang dilemparkan oleh RBA.

“Jadi, kita sarankan kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan segera untuk menyiasat perkara ini," katanya. - Sumber

Monday 14 April 2014

PKR BUKAN HAK ANWAR


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

“PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri di sini hari ini.

Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama Pas dan DAP. - Sumber

Pakcik Anwar sudah tiada tempat didalam PKR. Setelah sering membuat masalah, akhirnya pakcik Anwar bakal disingkirkan. Azmin seolah olah sudah membayangkan PKR tanpa pakcik Anwar kerana pakcik Anwar akan dikembalikan ke dalam penjara. Nampak gayanya memang ramai dalam PKR yang nak pakcik Anwar masuk penjara. 

BN TUBUH BLUE WAVE ARMY (BWA)


Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan fitnah dan tohmahan jahat Red Bean Army (RBA).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.

Jelasnya, konsep itu sememangnya telah lama wujud dalam rangkaian-rangkaian media sosial BN dan peluasan peranan BWA itu diserahkan tanggungjawabnya kepada Jabatan Unit Sosial parti yang diketuai Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Namun begitu, kita jangan terikut-ikut cara mereka (RBA) memfitnah, kita ceritakan kebenaran termasuk 11 hakim yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat, jelaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan dan semua perkara lain yang juga perlu dijelaskan.

“Dalam masa sama, jika RBA menyerang kita, kena jawab semua itu dan jangan biarkan serangan tidak berjawab. Sudah ada jabatan yang bertanggungjawab dan biarlah mereka buat apa bentuk tindakan sekalipun.

“Yang penting, kita jangan menipu, mengelirukan dan memfitnah (seperti RBA)," katanya kepada pemberita pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini. - Sumber

Thursday 10 April 2014

PROGRAM TUKAR MEMISKINKAN ORANG MELAYU ?


Do you all recall all the silly money wasting projetcs during the time of Slumberjack?

In those days I was a regular jogger to the Lake Gardens (Taman Tasik Perdana). Then one day they closed off parts of the Lake Gardens. It was an upgrading project. Cost of project : RM700 Million !!! You could have built a second Penang bridge. Then after the upgrade I went back to the Lake Gardens. There was nothing much. They had laid some extra cemented  tracks. There was some new planting and that was it. Yet the project cost hundreds of millions of Ringgit.  Some crony had obviously ripped off a ton of taxpayers' money.

Then there were those useless projects in Terenganu. The Monsoon Cup ate up about RM1.0 billion or more during its life time. There was some silly crystal mosque project - it was silly because it cost hundreds of millions of Ringgit. That mosque has not created any great Muslims yet.

Now under Najib these things are happening again and again. This is from The Star :

More than 400 Tukar shops record declining sales

    30% shops under Retail Stores Transformation Programme (Tukar) declining sales
    10 stores had to close
    lack of capital, difficulties in securing supplies and managing finances.
    RM149mil was allocated from 2011 to 2013 to implement Tukar
    provided neighbourhood grocery shops with financial assistance and training.
    National Audit Department visited 70 of the 1,609 Tukar shops
    18 stores or 26% of the shops recorded decline in sales.
    failure of store owners to adopt computerised POS system due to lack of training
    advanced age of some shop owners to understand the system
    failure to monitor sales, stocks, use of barcodes and database link to  consultants

This is just more unthinking 'Proton School of Management' stuff.  After 44 years of the NEP the gomen boys still dont understand business. They just cannot get it.

It is NOT lack of capital. RM149 million is a lot of money. Give me RM149 Million and I will set up at least five hypermarts.

I believe under the TUKAR each shop was loaned about RM200,000.  This included an expensive POS system that was totally unnecessary. Mom and pop kedai runcit do not need POS systems. Plus mom and pop will not know what the hell is a POS system. That was money down the drain.

How much did the POS system cost? Who was the supplier? Another crony? Who was the dumb ass consultant who recommended the POS system? A crony of the crony?  The rip off of taxpayers funds was total.

How can a mom and pop store generate enough cash to pay for an expensive POS system? Doesnt anyone know that? That money can be used to buy extra inventory.

Then the TUKAR shops were given loans to buy extra inventory. They had to pay back the loans. So money went to servicing debt. Less money to buy inventory. This will surely result in cashflow constraints or kekangan alir tunai.

The Auditor General says the sales of 1/3 of the shops under TUKAR declined. The question is how were they doing BEFORE they joined TUKAR? Were they financially better off?

Retail sales are a huge function of location. Its always location, location and location. New shelves, new POS systems may not increase your sales if your location is the same.

So what really happened was that BEFORE  the TUKAR these shops were operating at a certain level of sales and cost of operations. After the TUKAR got involved, their costs went up (borrow money to pay for expensive but unnecessary POS systems, new shelves, new inventory). But their sales did not see a commensurate increase.

Whatever money they made now had to go towards paying more hutang. This means less money to replenish their stocks as much. The bigger shelves also look emptier. When a kedai runcit has less inventory on display their sales will go down.

So instead of helping them the TUKAR is now making these 1,609 shopkeepers and their families become poorer.  Since a large number of the TUKAR participants are Malays, it is another case of memiskinkan orang Melayu dulu.

Here is a story :   'A monkey fell in the river and almost drowned. He managed to save himelf. Then he saw fish in the river. He felt he had to save them. The monkey scooped up the fish and held them tightly up in the tree with him. All the fish died.'

The TUKAR consultants have become richer. The crony POS suppliers are richer. The suppliers of the shelves and the inventory are also richer.  The TUKAR shopkeepers have become poorer.

What would I have done? I would have taught the TUKAR people good customer service. You must be super polite to your customers. Keep your shops super clean.  Undertake home delivery in your area. Be 100% honest.

I would have organised buying organisations. Organise the shopkeepers. Take orders from them for standard products, say toothpaste, soap, etc. They must pay cash for their orders. Accumulate the orders and then negotiate for lowest prices from toothpaste suppliers.  This would have lowered the cost to the shopkeepers and given them a higher profit margin.

(My friends among the pharmacies have long been doing this. To get a volume discount, one pharmacy may buy just one type of vitamin. Before doing so, he will confirm orders from his network of friendly pharmacies. So he buys extra and becomes a lower cost supplier  to the other pharmacies. It is group buying to get volume dscounts.)

I recall attending the multi million Ringgit launch (just a waste of taxpayers' money) of the ETP, GTP, the NKEA etc circa 2010. It is all becoming bullshit.

MAS keeps losing money. The rip off at MAS is still going on. That food caterer charges for the same unopened mineral water bottles on return flights. That is ripping off.

Proton keeps losing money. Dont know what is happening to Lotus in the UK. They have made RM900 million losses in 2013.

Kalau macam ini TUKAR sajalah. Mampus pi kat depa. - Sumber

Wednesday 9 April 2014

PAS TIDAK AKAN BERSATU DEMI ISLAM


KONONNYA Parti Islam SeMalaysia atau singkatannya, Pas lebih Islamik dengan pemimpin mereka belajar di universiti di negara Arab… dan UMNO berpaksikan Barat dengan pemimpin-pemimpin awalnya belajar di England yang juga dikatakan kurang budaya dan keperibadian Islam dan Melayunya.

Tetapi hakikatnya, penulis mengambil contoh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra ialah seorang pemimpin yang mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan berjaya menyebar syiar Islam dan menyatukan bangsa Melayu dan martabatkan Islam di Malaysia.

Almarhum turut mengislamkan ribuan orang serta berjaya mencapai kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu. Namun, beliau tidak pun mendabik dada mengaku menyebarkan syiar Islam atau menjadi jaguh pemimpin Islam.

Pas pula, mahu Malaysia menjadi sebuah negara Islam dan mengamalkan hukum Hudud, suatu usaha yang murni, tetapi cara yang mereka guna untuk mencapai hasrat ini agak pelik. Mereka enggan bekerjasama dengan UMNO, sebaliknya bersekongkol dengan sebuah parti majoriti Cina yang dengan terang-terangan tidak membenarkan sesiapa menubuhkan negara Islam dan mengamalkan Hudud di negara ini.

Pemimpin Pas tidak yakin kalau ada suara atau referendum dalam kalangan Melayu, mereka dan parti mereka akan tewas. Maka mereka mahu dapat sokongan bukan Islam untuk memastikan kekal dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, supaya mereka boleh menggunakan kedudukan itu untuk teruskan agenda pelik.

Jadi di sini sahaja orang tahu bahawa Pas cuma terperangkap dengan cita-cita lama yang mereka tidak dapat laksanakan, dan kini hanya memecah-belahkan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia, dengan berganding tenaga dengan DAP yang sendiri tidak akan dapat kerusi yang banyak tanpa pengundi Melayu.

Sebenarnya musuh Islam dan negara-negara Islam suka melaga-lagakan orang Islam sesama sendiri sebab ia memudahkan negara bukan Islam itu untuk menghancurkan negara Islam tanpa perlu mengguna kelengkapan perang mereka dan dana yang mereka harus belanja dengan menggadaikan nyawa askar mereka.

Jadi, mereka menggunakan bermacam-macam cara untuk melaga-lagakan orang Arab dan Islam lain supaya bergaduh sesama sendiri. Inilah cara musuh Islam untuk memecah-belahkan umat Islam di seluruh dunia. Dan mereka suka dengan adanya parti-parti politik yang memperjuangkan Islam sedangkan apa yang berlaku sebaliknya.

Perkara ini jelas berlaku di semua negara Arab yang hancur bukan oleh musuh Islam, tetapi oleh orang yang mengaku diri mereka Islam yang bermusuh-musuhan. Jadi tidak hairan kalau di setiap negara Arab atau Islam ada sahaja pertubuhan atau parti politik yang memainkan peranan dajal untuk menghancurkan parti dominan yang tidak boleh dihancurkan tetapi ia mesti digugat oleh ahli dan pemimpinnya yang berpaling tadah dan kini menjadi petualang dengan menggunakan sistem demokrasi untuk kepentingan peribadi yang sempit.

Kejadian ini juga berlaku di Malaysia. Inilah sebab perbalahan berlaku di antara Pas dan UMNO. Pas tidak mungkin boleh menarik minat kebanyakan orang Islam di Malaysia. Kalau mereka boleh melakukannya, ia sudah berlaku lama dulu.

Pas cuma menggunakan sistem demokrasi untuk memecah-belahkan Melayu dan Islam di negara ini, namun mereka tidak mungkin dapat menguasai seluruh Melayu dan umat Islam di Malaysia dan menubuhkan Kerajaan Pusat, walaupun mereka boleh dan sudahpun mendapat sokongan dari bekas ahli dan pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

Pas juga beranggapan orang Melayu yang belajar di sekolah Inggeris dan bersambung ke peringkat universiti di England, kurang pegangan Islam. Berbanding dengan orang Melayu yang belajar di sekolah pondok dalam bahasa Arab dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Mesir, Jordan, Syria, Pakistan dan India.

Jadi, kenapa Pas bukan ditubuhkan untuk menentang British dan mengusir mereka dari Tanah Melayu, untuk Melayu capai kemerdekaan? Pas hanya menunjukkan kepada orang Melayu lain merekalah orang yang lebih Islam; merekalah yang lebih beriman dan yang boleh majukan kaum dan agama Islam di Tanah Melayu.

Berbanding dengan orang Melayu yang belajar di sekolah Inggeris semasa di Tanah Melayu dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di England seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan lain-lain termasuk kerabat dari Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor yang seangkatan dengan pemimpin utama Melayu dan Tanah Melayu ketika itu khususnya, Sultan Azlan Shah, Sultan Sallehuddin Abdul Aziz, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman dan lain-lain.

Mereka belajar di sekolah Inggeris dan melanjutkan pelajaran di universiti di England, untuk mempelajari pemikiran Inggeris yang tidak didedah selama British menjajah Tanah Melayu.

Dengan cara ini pemimpin Melayu khususnya Tunku Abdul Rahman boleh menggunakan cara psikologi untuk menumpas mereka; sebab orang Inggeris tidak boleh memandang rendah sesiapa yang belajar di universiti terulungnya, khususnya Universiti Cambridge yang ramai pemimpin Inggeris ketika itu sendiri tidak layak masuk.

Tunku telah berjaya mentelaah jauh ke dalam hati-nurani orang Inggeris, dan dengan mengguna psikologi, mereka telah mengelak dari menggalakkan Melayu berbalah dengan Inggeris, dan capai kemerdekaan dengan ‘tanpa menitis setitik darah’ seperti kata Tunku.

Tunku memberitahu saya dalam temuramah yang dirakam di kediamannya di Bukit Tunku pada 1989 yang dia mahu ‘tendang orang Inggeris!’ atau I wanted to kick the English!

Orang Melayu boleh diapi-apikan untuk mengusir Inggeris dari Tanah Melayu dengan slogan kosong dan dengan mengangkat keris sekerat dan tombak bengkok, tetapi yang akan mendatangkan kemudaratan hanyalah kepada diri mereka sendiri. Sebab Inggeris akan terus berkeras buat masa yang lebih lama sebelum mahu mengalah.

Tetapi dalam masa itu, ramai anak Melayu yang akan dikatakan ‘mati syahid’ dalam pertempuran dan perjuangan, sedangkan penyelesaian boleh dibuat dengan menggunakan minda, dan strategi yang bijak untuk membuat Inggeris rasa kehadiran mereka di Tanah Melayu itu seperti tidak berguna lagi.

Jadi akhirnya, Inggeris meninggalkan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan secara aman pada 31 Ogos, 1957. Malah Tunku lebih prihatin berbanding dengan Mahatma Gandhi yang juga mahukan negaranya, India, mencapai kemerdekaan secara aman.

Namun, rakyat India ketika itu tidak patuh kepada tuntutannya, dan ini mengakibatkan ratusan ribu rakyatnya mati, bila mereka memilih untuk bertempur sesama sendiri, khususnya bila Inggeris meninggalkan India pada 1947 ketika peperangan sabil berlaku di antara rakyatnya yang keturunan Hindu dan Islam.

Di Tanah Melayu, kejayaan Tunku untuk mencapai kemerdekaan secara aman tidak disukai oleh orang yang fanatik mahu usir Inggeris secara pertempuran; mereka terpinggir dari aliran sejarah yang tidak memuatkan kehadiran mereka dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Jadi akhirnya mereka itu melenting dan tidak mahu mengalah. Maka tindakan yang mereka ambil tidak lain iaitu mengecam Tunku dan pemimpin Melayu dalam UMNO. Mereka mengecam pemimpin Melayu dan UMNO sebagai tidak Islamik. Ini sahajalah tohmahan dan peluru yang boleh diguna oleh pemimpin Pas untuk menentang UMNO dari dulu sehingga kini.

Strategi pemimpin dan parti Pas sehingga kini adalah untuk menonjolkan mereka itu lebih Islamik, walaupun cara dan prinsip mereka jauh dari Islamik. Pemimpin Pas gemar memakai pakaian ala Arab yang kononnya sunah Nabi Muhammad SAW berbanding pemimpin UMNO yang gemar memakai pakaian cara Barat.

Dan bandingkan dengan semua negara Arab di mana ramai pemimpin Pas belajar dulu yang kebanyakannya berantakan dengan rakyatnya hidup menderita, dan negara dan tamadun mereka boleh dianggap sebagai sudah balik ke zaman Jahiliah.

Tunku lebih mengamalkan demokrasi mengikut ajaran Islam berbanding dengan Pas yang pandai buat tuduhan melulu dan pemimpin teratas mereka sering keluarkan ‘fatwa’ dan pandangan tentang Islam yang terang-terang serong. Tunku dikenali sebagai seorang pemuda Melayu yang tidak lupa daratan. Malah beliau manusia yang hidup berpijak ke bumi nyata.

Bandingkan pula dengan pemimpin Pas yang mereka gemar adalah mengkafirkan UMNO dan pemimpinnya dengan menuduh parti itu menolak Islam, sedangkan Pas dengan bermegah bersekongkol dengan mereka yang terang-terangan tidak menyokong hasrat Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Prinsip atau hasrat pemimpin Pas sebenarnya adalah untuk ‘mengislamkan’ orang Melayu dan menyebar syiar Islam, tetapi sehingga kini mereka gagal untuk menyakinkan bukan-Islam untuk menerima Islam. Jadi dengan kegagalan ini, mereka tumpukan perhatian kepada UMNO dan tuduh UMNO tidak hebat Islamnya dengan niat untuk menghancurkan UMNO.

Berbeza dengan Tunku yang tidak menyalahkan Pas jauh sekali mahu mengecam pemimpin Pas atau parti itu. Dan Tunku juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa untuk mengecam orang Islam lain. Apa yang ditunjukkan oleh Tunku itu lebih mulia dari semua pemimpin Pas dulu sehingga sekarang yang hanya pandai berpidato, mengeluarkan ‘fatwa’ dan mencari pasal dengan orang Islam lain.

Ini bezanya di antara Pas dan UMNO - yang jauh panggang dari api! Dan yang Islam dalam parti ini hanyalah pada namanya sahaja, dan bukan dari segi amalan dan perjuangannya. - Sumber

ZAHID HAMIDI TAWAR RM501 UNTUK MENAMPAR YONG TECK LEE


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

"Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

"Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Fi­lipina diculik.

Selain menawar RM500 untuk menampar Ahmad Zahid, Pre­siden Parti Maju Sabah tersebut turut menyediakan RM1,000 kepada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengusulkan supaya gaji Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditolak. - Sumber

Friday 4 April 2014

GST - HANYA FITNAH PAKATAN SYAITAN


PELAKSANAAN cukai barang dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai goods and services tax (GST) merupakan salah satu langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara. Di dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, negara perlu mempunyai sistem percukaian yang lebih telus, efisien dan mesra perniagaan.

GST yang dicadangkan bukanlah cukai baharu. GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedang dilaksanakan sekarang. Langkah pemansuhan cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini diambil kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan didapati mempunyai banyak kelemahan yang berpunca daripada sistem percukaian itu sendiri.

Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah elemen cukai atas cukai yang menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga lebih tinggi dan aktiviti pemindahan harga (transfer pricing) yang memberi kesan kepada kutipan hasil negara. Kelemahan ini sebenarnya memberi kesan negatif bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada pengguna.

GST telah terbukti sebagai satu sistem percukaian yang lebih efektif dan efisien serta mempunyai banyak kebaikan. Berdasarkan alasan itu juga sebanyak 160 buah negara di dunia telah melaksanakannya.

Rang undang-undang ini mengandungi 19 Bahagian yang merangkumi 197 Fasal termasuk empat Jadual. Peruntukan-peruntukan dalam rang undang-undang ini diringkaskan seperti berikut:

- Bahagian I, Fasal 1 - 4 bertujuan memperuntukkan perkara permulaan iaitu pertama, tentang apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan dalam konteks pengenaan GST. Perniagaan yang dimaksudkan termasuk apa-apa tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain sama ada bagi keuntungan wang ataupun tidak. Namun begitu maksud perniagaan tidak meliputi pekerjaan di bawah kontrak perkhidmatan dan hobi.

Selain itu, maksud pembekalan barang atau perkhidmatan juga diterangkan di samping menyenaraikan perkara yang dikira sebagai pembekalan barang atau perkhidmatan di dalam Jadual Pertama dan juga menyenaraikan perkara yang bukan pembekalan barang ataupun perkhidmatan di dalam Jadual Kedua.

- Bahagian II, Fasal 5 - 8 berkaitan pentadbiran GST terutamanya tentang Ketua Pengarah Kastam mempunyai pengawasan ke atas semua perkara berhubung dengan GST, keperluan kepada pegawai GST untuk memperkenalkan diri dalam melaksanakan kewajipan, semua pegawai GST adalah penjawat awam dan kerahsiaan maklumat.

- Bahagian III, Fasal 9 - 18 mengandungi peruntukan mengenai pengenaan dan skop GST. Bahagian ini disediakan bagi menjelaskan dengan teliti dalam keadaan mana GST boleh dikenakan dan kadar GST yang dikenakan. Menteri Kewangan diberi kuasa untuk menetapkan kadar GST melalui satu perintah yang disiarkan di dalam warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014, kadar GST yang dicadangkan adalah 6%. Kadar ini adalah yang terendah di kalangan negara ASEAN.

Selain itu, peruntukan mengenai penentuan masa pembekalan, tempat pembekalan, layanan GST ke atas pembekalan perkhidmatan yang diimport, penentuan negara tempat pembekal atau penerima perkhidmatan, penetapan kaedah dalam menentukan nilai dan cara pengiraan nilai barang yang diimport juga telah disediakan.

Rang Undang-undang ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dikenakan GST pada kadar sifar atau dikecualikan GST. Penentuan ini akan dibuat melalui perintah yang disiarkan dalam warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Senarai barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST pada kadar sifar dan dikecualikan GST telah diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2014 yang lalu.

Antara barang dan perkhidmatan yang dicadangkan dikenakan GST pada kadar sifar adalah barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak termasuk bekalan air paip dan 300 unit pertama bekalan elektrik bagi pengguna domestik.

Selain itu, perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan juga akan dikecualikan GST. Ini termasuk jual beli dan sewaan rumah kediaman dan perkhidmatan kewangan yang terpilih seperti insurans nyawa.

Langkah yang diambil kerajaan ini sebenarnya bagi menjadikan GST yang dilaksanakan kelak bersifat progresif di samping membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

- Bahagian IV, fasal 19 - 32 memperkatakan perkara berkaitan pendaftaran. Peruntukan yang telah digubal adalah berkenaan pendaftaran secara mandatori dan pendaftaran secara sukarela bagi sesiapa yang ingin mendaftar.

Bagi tujuan pendaftaran, sesuatu perniagaan wajib berdaftar sekiranya nilai jualan tahunan melebihi tahap threshold yang ditetapkan iaitu RM500,000 setahun.

Manakala bagi perniagaan yang jualan tahunannya kurang daripada tahap threshold tersebut, mereka tidak perlu berdaftar tetapi dibenarkan untuk berdaftar secara sukarela.

Ini bermaksud perniagaan kecil tidak akan terbeban dengan kos permulaan dan pematuhan GST. Kuasa penetapan tahap threshold ini diberikan kepada Menteri Kewangan dan ianya perlu dibuat melalui satu perintah dan disiarkan di dalam warta. Selain itu, peruntukan berkaitan pendaftaran secara berkumpulan, pendaftaran bagi perkongsian, pertubuhan dan organisasi yang serupa dan pendaftaran bagi cawangan atau bahagian juga telah digubal.

- Bahagian V, fasal 33 - 53 membuat peruntukan mengenai perakaunan, taksiran, mendapatkan semula cukai dan sebagainya.

Perkara yang digubal adalah berkaitan pengeluaran invois cukai, keperluan untuk menyimpan rekod selama tujuh tahun dan asas perakaunan yang perlu diguna pakai semasa mengakaun cukai pada masa pembekalan.

Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, GST bukan merupakan kos kepada perniagaan. Ini disebabkan kerana apa-apa GST yang dibayar ke atas input boleh dituntut semula sebagai kredit daripada kerajaan.

Sehubungan itu, peruntukan mengenai kebenaran kepada orang kena cukai untuk memotong cukai input daripada cukai outputnya dan mengehadkan amaun cukai input sebagai kredit untuk bekalan tertentu juga telah disediakan.

Kemudahan yang disediakan ini juga akan menghapuskan elemen cukai atas cukai seperti yang terdapat di dalam sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang. Ini bermaksud pengguna akan membayar harga barang dan perkhidmatan yang lebih kompetitif dan telus.

- Bahagian VI, fasal 54 - 55 memperkatakan tentang penubuhan Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik GST. Penubuhan Kumpulan Wang ini atau lebih dikenali sebagai Tabung Bayaran Balik GST akan memudahkan urusan bayaran balik GST dan konsepnya adalah sama dengan tabung yang ditubuhkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tujuan bayaran balik lebihan cukai pendapatan.

Langkah ini menunjukkan yang kerajaan komited di dalam membuat bayaran balik GST dalam tempoh 14 hari bekerja jika borang cukai dihantar secara elektronik dan 28 hari bekerja jika dihantar secara manual. Ini bertujuan untuk tidak membebankan peniaga di dalam menanggung kos kewangan jika lambat menerima bayaran balik GST.

- Bahagian VII, fasal 56 - 63 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai pelepasan, pembayaran balik dan peremitan. GST merupakan satu bentuk cukai kepenggunaan yang akan dibayar apabila seseorang itu membuat pembelian ataupun berbelanja. Selain itu, semua peniaga yang layak juga perlu mengenakan GST ke atas bekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat mereka.

Namun dalam keadaan terten­tu, Menteri Kewangan boleh memberikan pelepasan (relief) kepada mana-mana orang daripada membayar GST ataupun mengenakan GST.

Sebagai contoh, pelepasan akan diberi ke atas perolehan barang yang dibuat oleh jabatan kerajaan. Senarai mereka yang diberi pelepasan ini akan dibuat melalui perintah yang disiarkan dalam warta dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

GST sebenarnya mempunyai mekanis­me tersendiri untuk merangsang sektor ekonomi yang terpilih. Sepertimana kita semua sedia maklum, industri pelancongan merupakan salah satu industri penting dalam perkembangan ekonomi negara. Di dalam memastikan perkembangan positif industri pelancongan terutamanya dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah utama dunia, peruntukan mengenai Skim Bayaran Balik Pelancong telah disediakan.

Melalui skim ini, pelancong yang membeli barang di kedai yang diluluskan dan seterusnya membawa keluar barang tersebut, boleh menuntut balik GST yang telah dibayar ke atas barang tersebut. Tuntutan bayaran balik boleh dibuat di lapangan terbang antarabangsa dan bayaran balik ini akan diproses dan dibuat oleh agen bayaran balik yang dilantik kerajaan.

l Bahagian VIII, fasal 64 - 75 membuat peruntukan mengenai kes khas. Dalam menjadikan sistem percukaian GST ini lebih mudah ditadbir urus, perkhidmatan yang dibuat oleh Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri tidak akan termasuk di dalam skop kenaan GST.

Ini bermaksud, orang ramai tidak perlu membayar GST ke atas perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran lesen, pasport dan kad pengenalan. Layanan yang sama juga diberikan ke atas perkhidmatan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan badan berkanun berkaitan dengan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya.

Kerajaan sedar bahawa pelaksanaan GST mestilah bersifat mesra peniaga iaitu perlu selari dengan aturan biasa sesuatu jenis perniagaan. Sehubungan itu, peruntukan mengenai pelepasan hutang lapuk, pelepasan barang terpakai, pelantikan dan tatacara bekalan yang dibuat oleh ejen, pemindahan usaha berterusan dan usahasama telah disediakan.

Selain itu, skim-skim khas juga diperkenalkan bagi memenuhi keperluan urusniaga yang mempunyai karakter yang tersendiri. Skim-skim khas yang terdapat di dalam Rang Undang-undang ini adalah seperti berikut:

(a) Skim Penggudangan - sekiranya terdapat bekalan ke atas barang diimport yang tertakluk kepada skim penggudangan, maka bekalan yang berlaku di dalam gudang tersebut tidak akan dikenakan GST;

(b) Skim Pedagang Diluluskan - cukai ke atas barang yang diimport akan digantung tetapi ianya perlu diakaun dalam tempoh bercukai berlakunya pengimportan tersebut;

(c) Skim Pengilang Tol Diluluskan - bekalan barang siap daripada pengilang tol kepada prinsipalnya yang berada di luar negara tidak akan diambil kira dalam pengenaan GST;

(d) Skim Tukang Emas Diluluskan - orang kena cukai tidak perlu mengakaun GST yang dikenakan ke atas bekalan barang tertentu kepada tukang emas diluluskan. Sebaliknya, tukang emas yang diluluskan tersebut perlu mengakaunkan sendiri cukai tersebut;

(e) Skim Kadar Rata - skim ini membenarkan orang yang layak untuk mengenakan tambahan kadar rata ke atas balasan bekalannya. Skim ini secara asasnya adalah disediakan kepada petani yang belum mencapai threshold;

(f) Aktiviti pasaran modal - di dalam skim ini, broker saham dan remisier akan dianggap sebagai satu entiti tunggal bagi tujuan pendaftaran. Skim ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi remisier yang majoritinya berada di bawah tahap threshold yang ditetapkan dan jualan tahunan yang tidak menentu. Semua pendaftaran akan dibuat atas nama broker saham.

- Bahagian IX, fasal 76 - 79 bertujuan memperuntukkan peruntukan mengenai ketetapan GST. Sekiranya terdapat peruntukan di dalam Rang Undang-undang ini memerlukan penjelasan lebih lanjut terutamanya berkaitan pemakaian mana-mana peruntukan, Ketua Pengarah Kastam boleh membuat ketetapan umum. Ketetapan umum ini boleh dibuat dan terpakai bagi mana-mana orang atau mana-mana jenis urusniaga.

Selain itu, Ketua Pengarah Kastam juga boleh membuat ketetapan awal berdasarkan permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang berkaitan dengan apa-apa perkiraan. Langkah-langkah ini adalah bagi menjadikan sistem percukaian GST lebih telus dan mudah dipatuhi.

l Bahagian X, fasal 80 - 87 memperkatakan tentang hal berkaitan penguatkuasaan yang secara asasnya meliputi aktiviti pemeriksaan, penyiasatan, penggeledahan, penyitaan dan kuasa untuk menahan.

- Bahagian XI, fasal 88 - 98 me­ngandungi peruntukan mengenai kenaan penalti bagi kesalahan berikut:

(a) menghantar penyata yang tidak betul;

(b) pengelakan cukai dan fraud;

(c) memperoleh bayaran balik secara tidak wajar;

(d) kesalahan berkaitan barang, inbois dan resit;

(e) menghalang pegawai;

(f) enggan menjawab soalan;

(g) memberi maklumat palsu; dan

(h) bersubahat.

- Bahagian XII, fasal 99 - 122 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai perbicaraan dan prosiding sebagai contoh berkenaan hal pendakwaan, beban pembuktian, obligasi kerahsian, perlindungan pemberi maklumat, penyampaian saman, kompaun dan perintah mahkamah.

- Bahagian XIII, fasal 123 - 153 memperkatakan tentang semakan semula dan rayuan. Sistem percukaian yang adil mestilah mempunyai ruang untuk menyemak semula apa-apa keputusan yang telah dibuat.

Sehubungan itu, peruntukan bagi membolehkan Ketua Pengarah Kastam mengkaji dan menyemak semula keputusan yang telah dibuat sebelumnya dan membuat keputusan muktamad dalam tempoh masa ditetapkan telah disediakan.

Peruntukan mengenai penubuhan Tribunal Rayuan GST juga telah digubal. Platform yang disediakan ini adalah bagi memberi ruang kepada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kastam membuat rayu­an kepada Tribunal Rayuan GST.

Tribunal ini akan mempunyai seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota lain.

Kuasa melantik mereka ini diberikan kepada Menteri Kewangan.

Menteri Kewangan juga mempunyai kuasa untuk menentukan saraan, terma dan syarat pelantikan anggota Tribunal.

- Bahagian XIV, fasal 154 - 160 menyatakan tentang kawasan ditetapkan. Dicadangkan GST tidak dikenakan di Labuan, Langkawi dan Tioman. Ini bermakna selain pelancong, penduduk di ketiga-tiga kawasan ini juga secara asasnya tidak perlu membayar GST ke atas pembelian barang atau perkhidmatan.

- Bahagian XV, fasal 161 - 163 bertujuan memperuntukkan perkara mengenai zon perdagangan bebas. Antara layanan yang dicadangkan adalah tiada GST dikenakan ke atas pengimportan barang ke dalam kawasan tersebut kecuali ke atas barang yang digunakan di dalam kawasan tersebut selain daripada barang bagi tujuan komersial atau runcit seperti yang diluluskan di bawah Akta Zon Bebas 1990.

Layanan yang sama juga akan terpakai ke atas bekalan barang berkaitan dengan aktiviti perdagangan yang diluluskan di bawah Akta Zon Bebas 1990 yang dibuat di dalam zon perdagangan bebas.

- Bahagian XVI, fasal 164 - 177 memperkatakan tentang peruntukan pelbagai. Antaranya tentang ejen cukai GST. Di dalam memberi kemudahan kepada mana-mana orang untuk mematuhi peruntukan yang terdapat di dalam undang-undang ini, mereka boleh melantik ejen GST bagi mewakili mereka di dalam apa-apa perkara berkaitan GST.

Melalui peruntukan ini juga, sesiapa pun boleh memohon untuk menjadi ejen GST tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kuasa meluluskan permohonan ini diberikan kepada Menteri Kewangan.

- Bahagian XVII, fasal 178 - 180 mengandungi peruntukan tentang pemansuhan dan kecualian Akta Cukai Jualan 1972. Ini bermaksud, apabila GST dilaksanakan, cukai jualan akan dimansuhkan.

Peruntukan yang disediakan ini juga menetapkan tentang keperluan untuk mengemukakan penyata cukai jualan yang terakhir tidak lewat daripada 28 hari dari tarikh pelaksanaan GST.

- Bahagian XVIII, fasal 181 - 182 menyatakan tentang peruntukan mengenai pemansuhan dan kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Ini juga bermaksud yang cukai perkhidmatan akan dimansuhkan apabila GST dilaksanakan.

Peruntukan yang digubal ini juga menetapkan tentang keperluan untuk mengemukakan penyata cukai perkhidmatan yang terakhir tidak lewat daripada 28 hari dari tarikh pelaksanaan GST.

- Bahagian XIX, fasal 183 - 197 memperkatakan tentang peruntukan peralihan. Antara perkara yang digubal adalah tentang layanan GST ke atas bekalan barang dan perkhidmatan tertentu semasa tempoh peralihan tersebut.

Sebagai contoh, layanan GST ke atas bekalan yang telah dibuat bayaran tetapi hanya dibekal selepas tarikh pelaksanaan GST.

Peruntukan mengenai kontrak yang tidak mempunyai peluang untuk dikaji semula juga disediakan. Peruntukan ini menyatakan bahawa kontrak tersebut akan dikenakan GST pada kadar sifar untuk tempoh lima tahun tertakluk kepada beberapa syarat.

Di samping itu, bagi mengelakkan berlakunya unsur double taxation, iaitu sesuatu barang mempu­nyai elemen cukai jualan dan GST, maka kerajaan telah menyediakan bayaran balik khas. Bayaran balik ini diberikan kepada mereka yang memegang barang bercukai jualan semasa tempoh peralihan dan cukai jualan tersebut telah dibayar.

Rang undang-undang ini juga ada menyediakan jadual bagi menerangkan lebih terperinci tentang sesuatu perkara.

Jadual Pertama menyatakan perkara berkaitan bekalan-bekalan yang diklasifikasikan sebagai bekalan barang atau bekalan perkhidmatan. Sebagai contoh bekalan elektrik, air dan gas dianggap sebagai bekalan barang dan bukan bekalan perkhid­matan.

Jadual Kedua menyenaraikan perkara-perkara yang dianggap bukan bekalan barang mahupun bekalan perkhidmatan. Sebagai contoh penjualan perniagaan secara transfer of going concern dan sumbangan kepada KWSP atau PERKESO. Ini bermakna aktiviti ini tidak dikenakan GST.

Jadual Ketiga berkaitan kaedah untuk menetapkan nilai bekalan barang atau perkhidmatan.

Jadual Keempat tentang senarai perkara yang tidak boleh dirayu kepada Tribunal Rayuan GST.

Dengan cadangan rang undang-undang ini, negara kita akan mempunyai sistem percukaian yang lebih telus, efisien dan mesra perniagaan.

Pada masa sama, negara juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada hasil daripada cukai pendapatan dan hasil petroleum.

Ini disebabkan hasil cukai pendapatan adalah tertakluk kepada keadaan ekonomi pada satu-satu masa. Bagi hasil petroleum, ianya bukanlah sumber hasil yang kekal selama-lamanya. Selain itu, hasil petroleum yang diperolehi perlu diurus dengan baik bagi generasi akan datang.

Pelaksanaan GST sememangnya amat tepat pada masanya dalam mencapai wawasan negara maju berpendapatan tinggi. - Sumber

KHALID MENGAKU TIADA KUASA SEBAGAI MENTERI BESAR !


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hairan de­ngan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa tidak mengetahui keputusan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) menutup operasi Hotel Quality Shah Alam berkuat kuasa 1 Jun ini.

Datuk Mohd. Shamsudin Lias berkata, kenyataan berkenaan mencetuskan pelbagai persoalan terhadap peranan sebenar Abdul Khalid dalam menguruskan anak syarikat kerajaan negeri yang berfungsi me­ningkatkan taraf sosioekonomi ne­geri, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Tegas beliau, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Abdul Khalid secara logiknya mengetahui kedudukan prestasi kewangan serta operasi KPS termasuk entiti perniagaan serta pelaburan syarikat itu menerusi Hotel Quality Shah Alam.

“KPS itu sendiri merupakan anak syarikat di bawah KDEB dan Menteri Besar merupakan Pengerusi Lembaga Pengarahnya. Jadi, bagaimana Menteri Besar boleh menyatakan beliau tidak tahu-menahu atau tidak maklum mengenai keputusan KPS menutup hotel berkenaan.

“Adakah mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KDEB yang dipengerusikan Menteri Besar sendiri tidak pernah membangkitkan mengenai kedudukan Hotel Quality Shah Alam. Ini yang menghairankan kita, apakah Menteri Besar cuai atau tidak ambil perhatian mengenai masalah yang dihadapi oleh anak syarikat kerajaan nege­ri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan Abdul Khalid memberitahu bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan KPS menutup Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 di sini atas faktor kerugian.

Penutupan itu disahkan sendiri oleh Ketua Perhubungan Awam dan Media KPS, Amin Lin Abdullah pada Selasa lalu sekali gus menyebabkan kira-kira 105 kakitangan hotel berkenaan diberhentikan pada 31 Mei ini.

Penutupan tersebut dibuat atas alasan perniagaan hotel di Shah Alam yang tidak kondusif telah menjejaskan prestasi kewangan Hotel Quality Shah Alam meskipun pihak pengurusan telah melaksanakan beberapa tindakan untuk mengurangkan kos.

Dalam pada itu, Mohd. Shamsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong mempertikaikan alasan penutupan hotel tersebut yang dilihat tidak kukuh memandangkan beberapa hotel lain di sini beroperasi dengan baik.

Mengulas mengenai nasib 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam yang terjejas mata pencarian akibat penutupan hotel itu, Mohd. Shamsudin meminta kerajaan ne­geri memberi latihan kepada mereka yang terlibat selain menempatkan mereka di mana-mana entiti perniagaan anak syarikat kerajaan negeri – Utusan

Thursday 3 April 2014

MCA ALAT MENJADIKAN MALAYA SEBAGAI TANAH BESAR CHINA

Petikan daripada buku Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu

(mukasurat 217-222)

Dato’ Onn [yang pada masa itu memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri] mengasaskan kebimbangannya pada reaksi setengah-setengah orang bukan Melayu terhadap Undang-undang Kerahan Tenaga yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan pada 1952. Sayugia diingat bahawa pengganas komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1948, setelah orang bukan Melayu tidak berjaya mempertahankan Malayan Union yang dikutuk oleh umat Melayu seluruhnya. Menurut Undang-undang ini, semua orang yang tertakluk di bawahnya dikehendaki mendaftarkan diri supaya pihak berkuasa boleh menentukan bagi seorang itu sesuatu perkhidmatan yang tertentu demi untuk kawalan dan keselamatan Malaya.

Sebaik sahaja undang-undang ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang bukan Melayu, kebanyakannya orang Cina, mencari helah untuk mengelakkan diri daripada kerahan tenaga itu, dan banyak pula yang telah meninggalkan Malaya kerana hendak melarikan diri daripada kerahan tenaga itu. Setengah-setengah hartawan tempatan yang bukan Melayu, menghantar anak-anak muda mereka keluar negeri – pemuda yang tertakluk di bawah Undang-undang Kerahan Tenaga – dengan alasan hendak melanjutkan pelajaran di seberang laut, kononnya.

Tetapi sebaliknya, pemuda Melayu tampil ke hadapan dengan suka rela mendaftarkan diri di bawah undang-undang tersebut. Dengan suka rela mereka menyerahkan tenaga, malah nyawa mereka untuk mempertahankan ibu pertiwi daripada terancam dan musnah di tangan segelintir manusia bersenjata yang di bawah arahan Parti Komunis Malaya. Pada ketika itu dan sebelumnya. Dato’ Onn melihat bagaimana semangat kebangsaan dan kesetiaan terhadap fahaman dan kuasa asing dipelihara dan dipupuk dengan berbagai-bagai cara di Malaya. Beliau menyaksikan sendiri bagaimana pada 10 Oktober setiap tahun, upacara diadakan untuk membaharui taat setia kepada Kerajaan Kebangsaan China – Kerajaan Kuomintang. Beliau pernah menuduh Kerajaan Kebangsaan China di Taipeh mempunyai cita-cita hendak menjadikan Malaya jajahan China yang ke-20 dengan menggunakan MCA sebagai alat untuk mencapai tujuan itu.

Ketika berucap dalam satu rapat partinya di Kuala Lumpur pada 1953, Dato’ Onn berkata: “MCA dan Dewan Perniagaan Cina sedang melaksanakan satu rancangan untuk menjadikan negeri ini jajahan China yang ke-20 – bertaat setia kepada Formosa yang menjadi jajahan yang ke-19 … MCA telah memainkan peranan yang dahulunya diambil oleh Wakil-wakil Konsul China dan Dewan Perniagaan dengan menjadi Parti Kuomintang bawah tanah dan mengeluarkan arahan-arahan politik kepada MCA.”

Ucapan Dato’ Onn itu menimbulkan bantahan yang hebat dalam Majlis Undangan Persekutuan. Tan Siew Sin, yang disokong oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, menuduh bahawa ucapan itu memang dibuat dengan sengaja untuk membangkitkan sengketa dan rasa permusuhan antara kaum. Tetapi Dato’ Onn telah menangkis tuduhan itu dengan bukti bahawa segala tindakan dan kegiatan politiknya pada masa lampau tidak pernah berupa perkauman. Dalam memperjuangkan kepentingan Bumiputera beliau tidak pernah menjejaskan atau mengganggu kepentingan orang atau masyarakat bukan Melayu. Mungkin tiba masanya beliau membuat sesuatu rancangan atau mengambil sesuatu langkah yang dianggap perkauman oleh orang bukan Melayu. Tetapi Dato’ Onn sendiri pernah mengaku, “Saya tidak anti-Cina akan tetapi dengan tidak bersegan lagi saya mengaku, iaitu saya ini ialah pro-Melayu dan saya tidak boleh bersahabat dengan siapa-siapa pun yang hendak menjadikan umat Melayu itu ketewasan sama ada dalam lapangan politik atau ekonomi atau sosial di Semenanjung yang telah diaku oleh dunia ialah Semanjung Tanah Melayu.”
Tentang Hubungan Darah

Tidak dapat dinafikan bahawa pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua, seseorang boleh melihat bagaimana penduduk Cina di Malaya memberi pujian dan sanjungan terhadap pemimpin kebangsaan China, dan gambar mereka tergantung di dinding atau di tembok kedai Cina, di rumah atau kelab kesatuan mereka dan di sekolah Cina di seluruh Malaya. Tidaklah juga dapat dinafikan bahawa bendera kerajaan kebangsaan China pernah dikibarkan di tempat tertentu di Tanah Melayu.

Jika Dato’ Onn merasa sangsi tentang taat setia penduduk Cina di Malaya, itulah juga perasaan orang Melayu di Malaya terhadap orang bukan Melayu. Apa yang kelihatan diamalkan oleh setengah-setengah penduduk Cina, seperti menggantung gambar pemimpin besar mereka dan mengibarkan bendera negeri Cina pada hari kebesaran bangsanya, begitulah juga yang dilakukan oleh setengah-setengah penduduk Malaya daripada keturunan India.

Menurut Tan Cheng Lock, yang menjadi Ketua Persatuan Cina Seberang Laut, AMCJA dan MCA, orang Cina di Malaya tidak dapat menumpukan taat setia yang sepenuhnya kepada negeri ini kerana mereka tidak mempunyai hak kerakyatan yang sama seperti orang Melayu dan lagi pula mereka sentiasa dianggap sebagai orang asing atau orang luar. Ketika mengkritik Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (1948), beliau berkata:

“Jalan tunggal untuk menyembuhkan orang Cina ‘Tongsan’ (lahiran negeri China) daripada digodai oleh politik kebangsaan negeri China adalah membuat satu tawaran murah hati (seperti yang dilakukan di bawah rancangan Malayan Union) kepada mereka untuk menjadi rakyat Malaya. Inilah sahaja yang dapat menggantikan rugi mereka kerana berhenti daripada menaruh minat terhadap politik negeri China dan daripada menyertainya. Sebaik-baik cara untuk memutuskan kasih sayang mereka – penduduk yang mendatang – terhadap negeri asalnya ialah dengan memberikan mereka kemudahan yang lengkap untuk memindahkan kasih sayang seperti itu kepada negeri ‘angkatnya’. Selagi penduduk mendatang dilayani sebagai orang asing, maka selama itulah mereka berhaluan ke negeri tumpah darahnya dan dengan yang demikian mereka menjadi suatu bahaya kepada negeri tempat mereka menetap selama-lamanya.”

Tan Cheng Lock yakin bahawa apa yang terkandung dalam kenyataannya seperti di atas adalah benar. Tetapi Dato’ Onn tidak dapat mengakui pendapat yang seperti itu benar kerana setiap orang Cina sedikit sebanyak terpengaruh oleh dasar Jus Soli dan Jus Sanguinis yang sudah menjadi tradisi hidup turun-temurun bangsa China, sama ada mereka dilahirkan di tanah besar China atau di seberang laut.

Tujuan hidup mereka di seberang laut ialah mencari kesenangan atau kekayaan sebelum berhijrah kembali ke tanah tempat tumpah darahnya untuk berkubur di sana. Sanak saudara mereka masih ramai yang masih tinggal di negeri China. Setiap bulan atau dari masa ke masa mereka mengirim wang atau bahan keperluan hidup lain, misalnya, dari Malaya ke negeri China. Menurut kehendak sendiri mereka memang tidak ingin campur tangan dalam hal ehwal politk di Malaya jika sudah ada jaminan bahawa segala peluang dan kemudahan hidup atau mencari kesenangan tidak tertutup atau terganggu. Jaminan ini didapati daripada British selagi British menjadi pihak yang berkuasa di Malaya.

Kebimbangan orang bukan Melayu, khasnya orang Cina, terhadap jaminan itu mula dirasai apabila umat Melayu bangkit mengganyang Malayan Union dan bersiap sedia untuk melancarkan perjuangan seterusnya bagi mencapai kemerdekaan.

[...]

Tidak dapat dinafikan bahawa sejak 1917, bahasa kebangsaan China – Mandarin – dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah umum Cina di Malaya sejurus sesudah pergerakan bahasa kuoyu bermula di negeri China dengan mata pelajaran ditentukan oleh pihak yang berkenaan di luar negeri. Hal ini bertentangan sama sekali dengan kepentingan Tanah Melayu.

Tidaklah bijak bagi pihak berkuasa tempatan membiarkan sekolah Cina itu berjalan tanpa dikawal untuk mengeluarkan pelajar yang bermegah diri sebagai warga negara asing, dan enggan memikul sebarang tanggungjawab terhadap Malaya, iaitu sebuah negeri yang mereka anggap hanya sebagai sebahagian daripada negeri China.

Buku teks yang digunakan di sekolah China kesemuanya dicetak di negeri China dan banyak bahan yang anti-kerajaan Malaya telah disusupkan dalam buku itu apabila dikirimkan ke Malaya. Naskhah yang diseludupkan itu mengandungi tujuan untuk membangkitkan perasaan benci kepada pemerintah tempatan. Kerajaan Kebangsan China mengirimkan wakilnya untuk memeriksa sekolah Cina di Tanah Melayu, memerintahkan sekolah itu menghantarkan laporan ke Nanking yang pernah juga memberikan bantuan istimewa kepada sekolah-sekolah tersebut.

Buku teks yang digunakan di sekolah Cina di Malaya pada masa itu tidak mengandungi pelajaran yang bercorak atau berunsur Malaya. Tidak ada tersebut di dalamnya perkara mengenai sejarah, geografi, perdagangan, perniagaan, perusahaan, penduduk atau kepentingan Tanah Melayu yang lainnya.

Menurut Dr. Victor Purcell, semasa beliau melawat Chungking semasa Perang Dunia Kedua, beliau melihat sebuah peta yang dibuat dan keluarkan oleh Maktab Tentera di Chengtu yang memperlihatkan Tanah Melayu sebagai satu kawasan yang terletak di dalam empayar China yang telah jatuh ke tangan British dan perlu sekali direbut kembali. Tidaklah terbabas jauh daripada perenggannya kalau Dato’ Onn berkata bahawa ada setengah-setengah orang Cina di dalam dan di luar Malaya yang berusaha hendak menjadikan Tanah Melayu Daerah China yang ke-20.

Tetapi kerajaan Negeri-negeri Melayu telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya dan berjaya menghapuskan perbuatan anasir asing di dalam negeri yang cuba mempersendakan kemerdekaan dan kedaulatan Tanah Melayu dengan apa jua cara sekalipun.

ASB2 DILANCARKAN DENGAN DANA 10BILION UNIT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan dana Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan saiz dana 10 bilion unit.

ASB2 yang merupakan dana berharga tetap RM1 seunit dibuka kepada bumiputera berusia seawal enam bulan dengan had maksimum kepada Akaun Dewasa (umur 18 tahun ke atas) adalah 200,000 unit manakala akaun Bijak (6 bulan hingga 18 tahun) adalah 50,000 unit.

Menurut Perdana Menteri, ASB2 merupakan sebahagian daripada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang mana salah satu daripada strateginya adalah memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat.

Jelas beliau, sasaran ASB2 adalah golongan muda daripada generasi Y agar mereka dapat mengamalkan pengurusan kewangan yang bijak serta membuat pelaburan tepat untuk masa hadapan.

“Saya juga ingin memaklumkan insentif kepada pemegang unit ASB2 bermula hari ini sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit, ini tertakluk kepada unit-unit yang masih ada tetapi saya difahamkan PNB memperuntukkan sebanyak 10 juta unit untuk tujuan ini," katanya dalam majlis pelancaran ASB2 di Stadium Merdeka di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Dalam majlis itu, Najib turut mengumumkan insentif tambahan kepada mereka yang hadir ke Stadium Merdeka hari ini dan mendaftar sebagai pemegang unit ASB2 iaitu baucar bernilai RM50 bagi tujuan pembelian unit-unit ASB2.

Menurut Najib, selain memantapkan pemilikan pegangan saham bumiputera dalam sektor korporat, ASB2 merupakan amanah yang dilaksanakan kerajaan dan PNB demi kepentingan serta kemakmuran bangsa dan negara.

“Pemilikan saham dalam bidang korporat boleh dilihat dari dua sudut, pertamanya sudut makro yang mana pada waktu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan, kita telah sasarkan pemilikan ekuiti bumiputera untuk mencecah 30 peratus.

“Keduanya, kita boleh melihat dari sudut individu iaitu bagaimana pemilikan saham dan juga unit-unit saham amanah boleh membantu kita sebagai individu dari sudut jaminan masa hadapan dan kesejahteraan hidup yang diidamkan," katanya.

Tegas beliau, golongan muda tidak sewajarnya mengamalkan gaya hidup mewah yang boros sehingga dibelenggu hutang, sebaliknya, golongan tersebut perlu merancang masa hadapan dan menguruskan kewangan secara bijak untuk kesejahteraan pada masa hadapan.

“Statistik Jabatan Insolvensi pada tahun 2012 menunjukkan sebanyak 19,575 orang diisytiharkan muflis yang 48 peratus daripadanya adalah kaum bumiputera, 33.2 peratus kaum Cina manakala kaum India sebanyak 14.1 peratus.

“Dari segi individu, golongan berusia 33-44 tahun mencatatkan jumlah peratus muflis tertinggi iaitu 36.6 peratus diikuti golongan berusia 45-54 tahun sebanyak 29.1 peratus dan golongan berusia 25-34 tahun sebanyak 20 peratus," katanya.

Ujarnya, walaupun golongan berusia 25-34 tahun berada dalam peratusan rendah, kesan lebih besar dihadapi golongan itu kerana baru memulakan kerjaya dan masih dalam fasa membina masa hadapan.

Tuesday 1 April 2014

PENIAGA MELAYU TERPINGGIR KERANA SEWA TINGGI


Terkilan hati saya pada suku tahun pertama 2014 ini bila melihat beberapa kedai Melayu di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor kini bertukar tangan menjadi kedai diusahakan peniaga Cina.

Ada kedai runcit lot tepi sudah beberapa kali bertukar tangan pemilik Melayu. Malah ada peniaga Melayu ‘terakhir’ itu mendapat bantuan melalui program Transformasi Kedai Runcit atau akronimnya TUKAR tetapi tak sampai setahun, bungkus juga akhirnya.

Bukan sebab tidak dapat sambutan kalangan penduduk Melayu tetapi mungkin kurang layanan daripada tuan punya kedai. Kini kedai TUKAR itu bertukar jadi kedai tayar diusahakan peniaga Cina.

Apa yang menghairankan ialah kedai yang dimajukan oleh peniaga Aceh terus menerima sokongan daripada penduduk Melayu kawasan bandar baharu ini.

Kawasan yang mula membangun ini seperti kawasan bandar baharu di pinggir Kuala Lumpur yang lain kini giat diterokai oleh peniaga Cina dari bandar. Misalnya di kawasan Saujana Utama banyak peniaga Cina dari Segambut, Jinjang dan Kepong sudah membuka kedai servis kereta di sini.

Bukan sahaja beberapa kedai runcit Melayu bungkus dan lari ke kawasan lain, restoran pun ikut sama. Nampaknya yang bertahan hanya peniaga Melayu yang gigih.

Apabila tidak lagi berniaga di kedai, ada bekas pengusaha restoran yang berniaga di bawah pokok, malah lebih berani lagi masak di atas lori pada waktu malam.

Nampaknya perniagaan mereka ini sehingga kini terus menerima sambutan. Soalnya kenapa mereka tak kekal berniaga di premis seperti restoran.

Setelah memerhati kawasan perniagaan di kota Kuala Lumpur dan Bandar Saujana Utama, maka rumusan awal saya ialah ada kaitannya dengan kenaikan kadar sewa. Sebuah klinik bumiputera di Sri Gombak misalnya tiga kali berpindah premis di sekitar kawasan tersebut. Daripada lokasi di lot tepi menghadap jalan besar kini tersergam McDonald’s, klinik itu beralih ke lot tengah dalam deretan yang sama, kemudian berpindah lagi ke tiga blok sebelah belakang daripada premis awal. Hujung tahun lalu sebelum berpindah terus dari Sri Gombak ke premis sendiri di Selayang Baharu, klinik itu terpaksa beroperasi di tingkat satu sebelah premis lamanya.

Menurut pengusaha klinik itu yang juga doktor berpengalaman, beliau terpaksa berpindah-pindah selang beberapa tahun kerana kadar sewa yang meningkat.

Cuba kita perhatikan dengan mata sendiri, kebanyakan kedai yang dikosongkan oleh pengusaha Melayu itu kini diisi oleh peniaga Cina. Tak apalah, negara kita mengamalkan sistem pasaran terbuka, jadi sesiapa warga Malaysia boleh berniaga.

Sebelum ini kita sudah muak mendengar kisah peniaga Melayu yang terpaksa bayar sewa mahal untuk premis perniagaan yang dimiliki tauke Cina. Kenaikan sewa menyebabkan mereka melepaskan tekanan dengan menaikkan harga jualan kerana mahu menampung kenaikan sewa premis. Tambah lagi dengan kenaikan harga barang bekalan yang juga dikuasai oleh peniaga Cina, maka semakin tertekan peniaga Melayu.

Dahulu saya fikir peniaga dan pengusaha, khususnya di pusat beli-belah bandar besar sahaja yang teraniaya. Rupa-rupanya penyakit naikkan sewa premis sudah merebak ke kawasan pembangunan yang baharu dan pesat pertumbuhannya ini. Hal ini bukan berlaku di Bandar Saujana Utama sahaja tetapi bandar-bandar baharu yang lain terutama di Lembah Klang.

Sebelum pilihan raya umum tahun lalu, seorang pemikir Melayu membisikkan kepada saya, cara untuk ‘bunuh’ peniaga Melayu ialah menaikkan kadar sewa yang melampau tinggi. Ada bernas kata-katanya. Kadang-kadang harga sewa biarlah realistik. Kalau pendapatan perniagaan sehari sekitar RM200, mana logik sewa dikenakan RM3,500 sebulan. Mana wang nak bayar bil utiliti, upah untuk diri sendiri pun tak cukup.

Sejak dua tiga tahun lalu, kenaikan harga rumah kedai dan sewa premis secara mendadak dan keterlaluan turut memberi kesan kepada harga barangan, seterusnya kepada pengguna.

Kita faham kerajaan tidak membenarkan peniaga-peniaga menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya tetapi tidak siapa pantau pihak pengurusan lot kedai atau atau tauke premis daripada menaikkan sewa.

Sekiranya pengusaha dan peniaga perlu membayar sewa yang mahal, sudah tentulah mereka terpaksa menaikkan harga barangan untuk terus hidup. Inilah yang mungkin berlaku apabila satu demi satu perniagaan Melayu ditutup atau bungkus.

Ada baiknya pihak berkuasa yang berkenaan membuat pemantauan dan mengawal selia kadar sewa serta kadar kenaikan yang dikenakan terhadap peniaga sebagai salah satu kaedah menangani permasalahan ini.

Jika isu ini dibiarkan berlarutan, kita tidak menolak kemungkinan akan berlaku keadaan di mana negara akan kekal maju, tetapi peniaga Melayu kekal hidup di takuk yang sama. - Utusan Malaysia

PENCACAI PAKATAN HINA MALAYSIA


Tindakan tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang semakin melampau memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terus dikecam oleh pelbagai pihak.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, RBA boleh disifatkan seperti 'pakar memutarbelitkan fakta' dan sering membuat spekulasi yang boleh mencetuskan kekeliruan berhubung situasi sebenar.

Beliau berkata, isu MH370 bukanlah isu tempatan kerana melibatkan beberapa negara lain termasuk China dan Amerika Syarikat (AS).

"Cerita serta maklumat yang disebarkan oleh RBA adalah tidak munasabah dan perkara itu secara tidak langsung boleh mengganggu operasi mencari MH370 oleh pihak berkuasa.

"Perbuatan itu turut mengganggu emosi dan perasaan ahli keluarga penumpang yang sehingga kini masih menunggu berita sahih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan RBA yang berterusan memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam mencari pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Selain itu, Mohd. Nazmi menyatakan bahawa RBA sengaja mencipta pelbagai cerita palsu dan spekulasi hanya kerana ingin melahirkan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, niat jahat RBA untuk memburukkan kerajaan turut diperluaskan dengan menyokong laporan media asing yang memperlekehkan usaha negara dalam operasi mencari MH370.

"Disebabkan terlalu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan, RBA sanggup menghasilkan pelbagai cerita tidak masuk akal untuk mengumpan media asing mengkritik Malaysia.

"Hal itu secara tidak langsung akan menambah kebencian pihak tertentu yang sememangnya ingin memburukkan imej negara," ujarnya.

Bagaimanapun, Mohd. Nazmi berkata, sikap profesional dan kecekapan negara dalam menangani isu MH370 secara tidak langsung dapat menghalang niat jahat RBA daripada memburukkan keadaan.

"Langkah efisien yang diambil dalam operasi mencari MH370 harus diberi pujian dan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab tidak berhak mengkritik usaha tersebut," jelasnya. - Utusan Malaysia