Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.
Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.
"Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.
"Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.
Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.
Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik.
Selain menawar RM500 untuk menampar Ahmad Zahid, Presiden Parti Maju Sabah tersebut turut menyediakan RM1,000 kepada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengusulkan supaya gaji Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditolak. - Sumber

No comments:
Post a Comment