KONONNYA Parti Islam SeMalaysia atau singkatannya, Pas lebih Islamik dengan pemimpin mereka belajar di universiti di negara Arab
dan UMNO berpaksikan Barat dengan pemimpin-pemimpin awalnya belajar di England yang juga dikatakan kurang budaya dan keperibadian Islam dan Melayunya.
Tetapi hakikatnya, penulis mengambil contoh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra ialah seorang pemimpin yang mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan berjaya menyebar syiar Islam dan menyatukan bangsa Melayu dan martabatkan Islam di Malaysia.
Almarhum turut mengislamkan ribuan orang serta berjaya mencapai kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu. Namun, beliau tidak pun mendabik dada mengaku menyebarkan syiar Islam atau menjadi jaguh pemimpin Islam.
Pas pula, mahu Malaysia menjadi sebuah negara Islam dan mengamalkan hukum Hudud, suatu usaha yang murni, tetapi cara yang mereka guna untuk mencapai hasrat ini agak pelik. Mereka enggan bekerjasama dengan UMNO, sebaliknya bersekongkol dengan sebuah parti majoriti Cina yang dengan terang-terangan tidak membenarkan sesiapa menubuhkan negara Islam dan mengamalkan Hudud di negara ini.
Pemimpin Pas tidak yakin kalau ada suara atau referendum dalam kalangan Melayu, mereka dan parti mereka akan tewas. Maka mereka mahu dapat sokongan bukan Islam untuk memastikan kekal dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, supaya mereka boleh menggunakan kedudukan itu untuk teruskan agenda pelik.
Jadi di sini sahaja orang tahu bahawa Pas cuma terperangkap dengan cita-cita lama yang mereka tidak dapat laksanakan, dan kini hanya memecah-belahkan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia, dengan berganding tenaga dengan DAP yang sendiri tidak akan dapat kerusi yang banyak tanpa pengundi Melayu.
Sebenarnya musuh Islam dan negara-negara Islam suka melaga-lagakan orang Islam sesama sendiri sebab ia memudahkan negara bukan Islam itu untuk menghancurkan negara Islam tanpa perlu mengguna kelengkapan perang mereka dan dana yang mereka harus belanja dengan menggadaikan nyawa askar mereka.
Jadi, mereka menggunakan bermacam-macam cara untuk melaga-lagakan orang Arab dan Islam lain supaya bergaduh sesama sendiri. Inilah cara musuh Islam untuk memecah-belahkan umat Islam di seluruh dunia. Dan mereka suka dengan adanya parti-parti politik yang memperjuangkan Islam sedangkan apa yang berlaku sebaliknya.
Perkara ini jelas berlaku di semua negara Arab yang hancur bukan oleh musuh Islam, tetapi oleh orang yang mengaku diri mereka Islam yang bermusuh-musuhan. Jadi tidak hairan kalau di setiap negara Arab atau Islam ada sahaja pertubuhan atau parti politik yang memainkan peranan dajal untuk menghancurkan parti dominan yang tidak boleh dihancurkan tetapi ia mesti digugat oleh ahli dan pemimpinnya yang berpaling tadah dan kini menjadi petualang dengan menggunakan sistem demokrasi untuk kepentingan peribadi yang sempit.
Kejadian ini juga berlaku di Malaysia. Inilah sebab perbalahan berlaku di antara Pas dan UMNO. Pas tidak mungkin boleh menarik minat kebanyakan orang Islam di Malaysia. Kalau mereka boleh melakukannya, ia sudah berlaku lama dulu.
Pas cuma menggunakan sistem demokrasi untuk memecah-belahkan Melayu dan Islam di negara ini, namun mereka tidak mungkin dapat menguasai seluruh Melayu dan umat Islam di Malaysia dan menubuhkan Kerajaan Pusat, walaupun mereka boleh dan sudahpun mendapat sokongan dari bekas ahli dan pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.
Pas juga beranggapan orang Melayu yang belajar di sekolah Inggeris dan bersambung ke peringkat universiti di England, kurang pegangan Islam. Berbanding dengan orang Melayu yang belajar di sekolah pondok dalam bahasa Arab dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Mesir, Jordan, Syria, Pakistan dan India.
Jadi, kenapa Pas bukan ditubuhkan untuk menentang British dan mengusir mereka dari Tanah Melayu, untuk Melayu capai kemerdekaan? Pas hanya menunjukkan kepada orang Melayu lain merekalah orang yang lebih Islam; merekalah yang lebih beriman dan yang boleh majukan kaum dan agama Islam di Tanah Melayu.
Berbanding dengan orang Melayu yang belajar di sekolah Inggeris semasa di Tanah Melayu dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di England seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan lain-lain termasuk kerabat dari Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor yang seangkatan dengan pemimpin utama Melayu dan Tanah Melayu ketika itu khususnya, Sultan Azlan Shah, Sultan Sallehuddin Abdul Aziz, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman dan lain-lain.
Mereka belajar di sekolah Inggeris dan melanjutkan pelajaran di universiti di England, untuk mempelajari pemikiran Inggeris yang tidak didedah selama British menjajah Tanah Melayu.
Dengan cara ini pemimpin Melayu khususnya Tunku Abdul Rahman boleh menggunakan cara psikologi untuk menumpas mereka; sebab orang Inggeris tidak boleh memandang rendah sesiapa yang belajar di universiti terulungnya, khususnya Universiti Cambridge yang ramai pemimpin Inggeris ketika itu sendiri tidak layak masuk.
Tunku telah berjaya mentelaah jauh ke dalam hati-nurani orang Inggeris, dan dengan mengguna psikologi, mereka telah mengelak dari menggalakkan Melayu berbalah dengan Inggeris, dan capai kemerdekaan dengan tanpa menitis setitik darah seperti kata Tunku.
Tunku memberitahu saya dalam temuramah yang dirakam di kediamannya di Bukit Tunku pada 1989 yang dia mahu tendang orang Inggeris! atau I wanted to kick the English!
Orang Melayu boleh diapi-apikan untuk mengusir Inggeris dari Tanah Melayu dengan slogan kosong dan dengan mengangkat keris sekerat dan tombak bengkok, tetapi yang akan mendatangkan kemudaratan hanyalah kepada diri mereka sendiri. Sebab Inggeris akan terus berkeras buat masa yang lebih lama sebelum mahu mengalah.
Tetapi dalam masa itu, ramai anak Melayu yang akan dikatakan mati syahid dalam pertempuran dan perjuangan, sedangkan penyelesaian boleh dibuat dengan menggunakan minda, dan strategi yang bijak untuk membuat Inggeris rasa kehadiran mereka di Tanah Melayu itu seperti tidak berguna lagi.
Jadi akhirnya, Inggeris meninggalkan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan secara aman pada 31 Ogos, 1957. Malah Tunku lebih prihatin berbanding dengan Mahatma Gandhi yang juga mahukan negaranya, India, mencapai kemerdekaan secara aman.
Namun, rakyat India ketika itu tidak patuh kepada tuntutannya, dan ini mengakibatkan ratusan ribu rakyatnya mati, bila mereka memilih untuk bertempur sesama sendiri, khususnya bila Inggeris meninggalkan India pada 1947 ketika peperangan sabil berlaku di antara rakyatnya yang keturunan Hindu dan Islam.
Di Tanah Melayu, kejayaan Tunku untuk mencapai kemerdekaan secara aman tidak disukai oleh orang yang fanatik mahu usir Inggeris secara pertempuran; mereka terpinggir dari aliran sejarah yang tidak memuatkan kehadiran mereka dalam usaha mencapai kemerdekaan.
Jadi akhirnya mereka itu melenting dan tidak mahu mengalah. Maka tindakan yang mereka ambil tidak lain iaitu mengecam Tunku dan pemimpin Melayu dalam UMNO. Mereka mengecam pemimpin Melayu dan UMNO sebagai tidak Islamik. Ini sahajalah tohmahan dan peluru yang boleh diguna oleh pemimpin Pas untuk menentang UMNO dari dulu sehingga kini.
Strategi pemimpin dan parti Pas sehingga kini adalah untuk menonjolkan mereka itu lebih Islamik, walaupun cara dan prinsip mereka jauh dari Islamik. Pemimpin Pas gemar memakai pakaian ala Arab yang kononnya sunah Nabi Muhammad SAW berbanding pemimpin UMNO yang gemar memakai pakaian cara Barat.
Dan bandingkan dengan semua negara Arab di mana ramai pemimpin Pas belajar dulu yang kebanyakannya berantakan dengan rakyatnya hidup menderita, dan negara dan tamadun mereka boleh dianggap sebagai sudah balik ke zaman Jahiliah.
Tunku lebih mengamalkan demokrasi mengikut ajaran Islam berbanding dengan Pas yang pandai buat tuduhan melulu dan pemimpin teratas mereka sering keluarkan fatwa dan pandangan tentang Islam yang terang-terang serong. Tunku dikenali sebagai seorang pemuda Melayu yang tidak lupa daratan. Malah beliau manusia yang hidup berpijak ke bumi nyata.
Bandingkan pula dengan pemimpin Pas yang mereka gemar adalah mengkafirkan UMNO dan pemimpinnya dengan menuduh parti itu menolak Islam, sedangkan Pas dengan bermegah bersekongkol dengan mereka yang terang-terangan tidak menyokong hasrat Pas untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia.
Prinsip atau hasrat pemimpin Pas sebenarnya adalah untuk mengislamkan orang Melayu dan menyebar syiar Islam, tetapi sehingga kini mereka gagal untuk menyakinkan bukan-Islam untuk menerima Islam. Jadi dengan kegagalan ini, mereka tumpukan perhatian kepada UMNO dan tuduh UMNO tidak hebat Islamnya dengan niat untuk menghancurkan UMNO.
Berbeza dengan Tunku yang tidak menyalahkan Pas jauh sekali mahu mengecam pemimpin Pas atau parti itu. Dan Tunku juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa untuk mengecam orang Islam lain. Apa yang ditunjukkan oleh Tunku itu lebih mulia dari semua pemimpin Pas dulu sehingga sekarang yang hanya pandai berpidato, mengeluarkan fatwa dan mencari pasal dengan orang Islam lain.
Ini bezanya di antara Pas dan UMNO - yang jauh panggang dari api! Dan yang Islam dalam parti ini hanyalah pada namanya sahaja, dan bukan dari segi amalan dan perjuangannya. - Sumber

No comments:
Post a Comment