Monday, 14 April 2014

BN TUBUH BLUE WAVE ARMY (BWA)


Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan fitnah dan tohmahan jahat Red Bean Army (RBA).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.

Jelasnya, konsep itu sememangnya telah lama wujud dalam rangkaian-rangkaian media sosial BN dan peluasan peranan BWA itu diserahkan tanggungjawabnya kepada Jabatan Unit Sosial parti yang diketuai Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Namun begitu, kita jangan terikut-ikut cara mereka (RBA) memfitnah, kita ceritakan kebenaran termasuk 11 hakim yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat, jelaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan dan semua perkara lain yang juga perlu dijelaskan.

“Dalam masa sama, jika RBA menyerang kita, kena jawab semua itu dan jangan biarkan serangan tidak berjawab. Sudah ada jabatan yang bertanggungjawab dan biarlah mereka buat apa bentuk tindakan sekalipun.

“Yang penting, kita jangan menipu, mengelirukan dan memfitnah (seperti RBA)," katanya kepada pemberita pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini. - Sumber

No comments:

Post a Comment