Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dalang yang menyokong pergerakan tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA).
Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, penubuhan suruhanjaya siasatan itu perlu bagi menyiasat punca serta sumber kewangan yang menyokong pergerakan itu selama ini.
Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga perlu mengambil pendekatan lebih serius untuk menangani masalah RBA yang semakin berleluasa.
Sampai bila kita mahu membiarkan perkara ini terus berleluasa. Kita mahu tahu siapa dalang serta di mana mereka memperoleh sumber kewangan supaya dapat maklumat yang jelas tentang perkara ini.
Oleh itu, saya mahu kerajaan serius. Ini kerana kita tidak mahu menentang perkara ini pada setiap hari tanpa arah tujuan. Selagi perkara ini tidak disiasat dengan serius, masalah tidak akan selesai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang tindakan RBA yang berterusan memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam pelbagai isu termasuk usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.
Nadzim berkata, tohmahan serta fitnah yang dilemparkan RBA terhadap kerajaan telah memberi imej buruk kepada Malaysia dalam kalangan masyarakat luar.
Katanya, impaknya dapat dilihat apabila ramai rakyat China membatalkan kedatangan mereka ke Malaysia kerana percaya dengan fitnah yang dilemparkan oleh RBA.
Jadi, kita sarankan kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan segera untuk menyiasat perkara ini," katanya. - Sumber

No comments:
Post a Comment