Monday, 21 April 2014

TANGAN JPJ BERLUMURAN DARAH RAKYAT


Tidak perlu lagi kita membuang masa membahaskan punca kemalangan bas di jalan jalan raya di negara ini yang berlaku dari hari ke hari  dengan memakan korban berdarah beratus nyawa manusia.

Konklusi paling mudah ialah kerjasama mesra dan  rasuah antara pegawai pegawai JPJ dengan syarikat syarikat  bas adalah punca utama.

Bagaimanakah  boleh adanya pemandu penagih dadah, pemandu choi, pemandu  berkerja lebih masa dan pemandu yang menjadikan jalan raya sebagai litar lumba kereta jika tidak ada pengambilan pemandu dengan sewenang wenang,jika tidak ada kerjasama mesra  dan maaf bermaafan antara pegawai pegawai JPJ dengan syarikat  syarikat bas.

Tidak lama dahulu saya membaca kenyataan seorang pegawai tinggi JPJ mengatakan dia terkejut melihat bas lari di lebuh raya  melebihi 120 kilometer satu jam.Dia terkejut tetapi orang ramai terkejut dengan kenyataannya. Tak adakah pegawai pegawainya memantau di jalan raya yang memberitahunya atau pun dia tidak tahu tugasnya.

Orang ramai melihat kejadian ini setiap saat,setiap jam,setiap hari. Kereta  mereka dipotong oleh bas . Adakah manusia macam ini layak jadi pegawai tinggi JPJ?

Bekas Perdana Menteri  Dr.Mahathir  pernah menyatakan  menambah jabatan kerajaan untuk menambah kecekapan dan bagi mencegah rasuah sebenarnya membesarkan lagi kek rasuah. Inilah yang berlaku kepada JPJ dengan adanya pegawai pegawai penguakuasanya di jalan raya.

Orang ramai tidak perlu bercakap memberikan berbagai cadangan,akhbar akhbar tidak lagi perlu membuang ruang  untuk menyiarkan berbagai cadangan,syor dan idea idea untuk mencegah kemalangan bas  tetapi seharusnya satiap kali berlaku kemalangan bas, media  menyiarkan berita besar  " Tangan  JPJ Berlumuran Lagi Dengan  Darah"

 Ketua Pengarah  Jabatan Pengangkutan Jalan  sewajarnya ditukarkan setiap kali berlaku kemalangan bas  dan syarikat teribat mestilah digantung  serta merta perkhidmatannya  sebelum sempat mereka membina jambatan mesra dengan kakitangan atau pegawai pegawai JPJ  atau sebelum berlakunya urusan minyak  pelicin.

Ini bukan luahan dan sentimen  kemarahan hanya dari saya tetapi inlah cakap digerai gerai,di kedai kedai kopi, ditempat awam dan di kalangan media  yang melibatkan maruah  kerajaan Barisan Nasional.

Kemalangan yang berlaku di kilometer 116 Jalan Kuantan Kuala Lumpur pada 19 April yang melibatkan tiga penumpang parah dan 13 cedera, hanya seminggu selepas kemalangan melibatkan bas ekspress yang meragut tiga nyawa di kilometer 11 Jalan Bentong Raub  dan  yang terakhir( 20 April)  di Jalan Kuantan -Segamat memakan seorang kroban,dalah rangkaian  trajidi berdarah yang memerahkan  maruah JPJ kepada taraf paling rendah.

Semua ini tidak akan berlaku  jika ada ketegasan,pemantuan yang serius dan berterusan dan tindakan segera yang tidak mengenal kemaafan dan  sekiranya tidak adanya rasuah di kalangan pegawai pegawai  JPJ tetapi suatu hal yang juga mengherankan orang ramai mengapakah pegawai  pegawai dari JPA yang paling kurang di tangkap atau dihadapkan di mahkamah atas tuduhan rasuah???????.

SPRM sepatutnya  menjadikan JPJ sebagai sasaran utama mereka dalam membasmikan rasuah di negara ini .Hal ini sukar tetapi ada cara untuk menyampaikan mesej tiada maaf bagimu kepada Jabatan Perasuah Jalan (JPJ)ini. - Sumber

No comments:

Post a Comment