SOALAN POKOK
Soalan pokok yang menjadi bahan fikiran yang
menghairankaan saya pada setiap masa ialah:
Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya
berbangsa Melayu;
Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu;
banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu;
semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu;
Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai
Melayu;
Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di
universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu;
Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung
kebanyakannya Melayu;
Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera,
dikuasai oleh Melayu.
Tetapi kita lihat Melayu terus gelisah.
Apakah sebabnya?
SEKITAR PERSOALAN PENDIDIKAN DAN EKONOMI
Sejak Merdeka sehingga sekarang kita mempercayai dan kita
yakin bahawa kemunduran kita di dalam bidang pendidikan adalah sebab utama
kemunduran kita yang perlu diselesaikan.
Demi meningkatkan martabat, dan memulihkan maruah bangsa.
Kononnya, selesai sahaja kekurangan kita dalam bidang pendidikan maka
selesailah masalah Melayu.
Saya mula menyedari hakikat ini apabila saya menjadi ahli
UMNO yang aktif di Seremban, dalam UMNO Bahagian Seremban Timur, mulai 13
Oktober, 1963, iaitu 50 tahun 4 bulan yang lalu.
CABARAN AWAL PENDIDIKAN MELAYU
Mengenai pendidikan.
Pada mulanya, anak-anak Melayu tidak dapat ke universiti
tempatan kerana MERITnya terlalu rendah. Pimpinan universiti tidak pernah
memberi pertimbangan kepada taraf hidup yang rendah di luar bandar dan
kemudahan yang sangat sederhana, termasuk 'tuition' yang hampir tidak ada.
Kuasa politiklah yang telah memutuskan supaya pihak
universiti dipaksa mengambil pelajar Melayu dalam batasan 'KUOTA' yang
ditentukan.
Setelah itu kita menghadapi masalah baru. Kecuali
seorang, semua pengerusi Jawatankuasa Biasiswa di peringkat negeri yang terdiri
dari Pegawai Pelajaran Negeri terdiri dari bukan Melayu.
Mereka juga berpegang pada MERIT untuk mendapatkan
biasiswa. Mereka menghalang anak-anak Melayu dari mendapat biasiswa walaupun
sudah ada kuota di satu-satunya universiti tempatan.
Atas desakan Pergerakan Pemuda UMNO di waktu itu
keputusan politik jualah yang telah memindahkan jawatan Pengerusi Biasiswa
Negeri dari Pegawai Pelajaran Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang
semuanya terdiri dari bangsa Melayu.
Hasilnya?
Bertambahlah pelajar-pelajar Melayu, kerana biasiswa dan
kuota, mendapat tempat di universiti tempatan sementara yang tiada tempat di
dalam negeri telah sedikit dihantar ke luar negara.
Kita dapati pada waktu itu kebanyakan anak-anak Melayu,
yang dipilih kerana pintarnya, yang belajar dalam bidang ilmu yang diajar oleh
bukan Melayu, telah menemui kegagalan.
Yang belajar ugama, bahasa dan sastera Melayu, atau yang
belajar di bawah pensyarah Melayu sahaja yang ramai berjaya. Kita dapati juga,
pelajar-pelajar yang pergi ke luar negera, walaupun yang dianggap kurang
pintar, telah mencapai kejayaan.
Apakah hebat sekali universiti kita sehingga pelajar
Melayu yang pintar semuanya gagal dan yang kurang pintar mendapat kelulusan
cemerlang di luar negera?
Maka keputusan politik pulalah yang telah menghantar
lebih ramai anak-anak Melayu ke universiti di luar negera yang nampaknya boleh
meluluskan pelajar kita yang kurang pintar untuk mengelak dari yang pintar
terus terkorban di satu-satunya universiti tempatan.
Itulah cabaran kita di masa lalu. Kini cabaran sedemikian
tiada lagi.
Bercambah-cambah anak-anak Melayu yang berkelulusan
universiti tempatan dan luar negera sehingga kita tidak perlu berseminar lagi
untuk mendesak kerajaan.
Benar, kerajaan telah memperuntukkan banyak biasiswa
untuk pelajar Melayu jika dibandingkan dengan yang diperuntukkan kepada bukan Melayu.
Tetapi lantaran, tabung biasiswa swasta jauh lebih besar dan tempat untuk bukan Melayu
banyak di universiti Singapura, Taiwan dan India, sementara Melayu pula tidak
dapat tempat di sana, dan tidak dapat biasiswa swasta,
Melayu tetap ketinggalam jika dibuat perbandingan Keputusan
politik sebelum pemimpin masakini, dalam persaingan untuk menawan hati pengundi
China telah mengorbankan usaha merapatkan jurang pencapaian antara kaum ini apabila
peruntukan biasiswa kerajaan hampir disamaratakan antara Bumiputera dan
selainnya sementara biasiswa swasta tetap kemarau untuk Melayu.
Kita berasa sedih kerana angka/jumlah Melayu yang
berpendidikan tidak seimbang dengan bukan Melayu yang berpendidikan.
TETAPI.
Nampakkah kita bahawa kedurjanaan yang dilakukan oleh
yang berpendidikan termasuk:
1. Rasuah yang lebih sofistikated dan tidak lagi seperti
Melayu bodoh yang pandai hanya mencuri ayam;
2. Penyelewengan yang sukar dikesan kerana yang
menyeleweng itu terpelajar;
3. Salah guna kuasa merata-rata kerana yang bodoh tidak
berkuasa;
4. Penipuan secara yang lebih canggih kerana ilmu
melimpah ruah; dan
5. LGBT, Liberalisma dan Pluralisma menjadi-jadi di bawah
pimpinan orang yang cukup pintar.
KITA BERPOLITIK SEPERTI ORANG BERNIAGA, DAN KITA BERNIAGA
SEPERTI ORANG BERPOLITIK.
Oleh itu Kita perlu fikirkan semula apakah dengan
bertambahnya jumlah profesyenal Melayu dan Melayu yang berpendidikan maka
bertambah beruntungkah bangsa Melayu di bumi bertuah ini?
CABARAN AWAL EKONOMI MELAYU
Mengenai ekonomi.
Di Bangsar, Kuala Lumpur terdapat satu jalan bernama
Jalan Maarof. Tak ramai orang muda yang mengetahui kenapa jalan ini diberi nama
Jalan Maarof. Bagi yang tahu nama Maarof inilah yang patut menjadi kenangan
mengenai cabaran awal yang dihadapi oleh pendukung ekonomi Melayu di masa lalu.
Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu
telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.
Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya
terbuka kepada orang-orang Melayu.
Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu
sahaja.
Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik
British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas
Chinese Banking Corporation.
Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam
wang.
Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram
dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.
Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank
untuk Melayu sahaja.
Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof
Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang
dalam sakunya telah tidak diambil oleh
pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank
Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.
Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan
Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan
bangsa Melayu di bidang ekonomi.
Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh
semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.
Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di
bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun
1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.
Saya turut hadir dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama
ini sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan.
Bank Bumiputra kini sudah tiada lagi.
Sejak Merdeka bangsa Melayu telah mengadakan beberapa
Kongres Ekonomi seperti berikut:
1. Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama - 1965
2. Kongres Ekonomi Islam Pertama - 1968
3. Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua - 1968
4. Kongres Ekonomi Islam Kedua - 1972
5. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama - 1980
6. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua - 1992
7. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat - 1999
8. Kongres Ekonomi Islam Ketiga - 2009
9. Kongres Ekonomi Melayu - 2012
Sepanjang 8 Kongres Ekonomi Bumiputera dan Islam yang
telah diadakan seramai sekitar 4,000 orang peserta telah mengambil bahagian
yang aktif dan 290 usul telah diluluskan.
Hampir semua usul mencadangkan supaya kerajaan
melaksanakan atau menubuhkan itu dan ini.
Tidak ada langsung cadangan untuk kita sendiri bertindak.
KITA MINTA, KITA SURUH, KITA DESAK DAN KITA ARAH SUPAYA
KERAJAAAN MEMBUAT SESUATU.
KITA TIDAK BUAT.
Setelah begitu lama kita tidak buat cadangan yang membuka
peluang untuk kita bertindak atas inisiatif sendiri tiba-tiba laksana musim
kemarau didatangi hujan Yang Berhormat Menteri Pendidikan mencadangkan tabung
alumni UiTM yang wajib didukung oleh sekitar 500,000 graduan UiTM dengan
sumbangan RM2,000.00 seorang dan mensasarkan jumlah kutipan RM1billion.
Syabas Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh.
Kongres Ekonomi ke 9 bernama 'Kongres Ekonomi Melayu'
telah membawa tema 'Merdeka Ekonomi Kita' yang bererti bukan mendesak kerajaan
tetapi mendesak diri kita untuk berbuat sesuatu untuk memerdekakan diri dari
bergantung kepada kerajaan.
Apakah kita sudah siap untuk berdikari dalam bidang
ekonomi?
Setelah 56 tahun 5 bulan dan 12 hari kita Merdeka.
Setelah 9 Kongres Ekonomi.
Setelah rada atusan ribu graduan dari universiti dan
institut profesyenal dalam dan luar Negara?
Tidak adakah yang berani mengiakan pertanyaan ini?
YANG MEMPENGARUHI KITA
Apakah yang telah mempengaruhi kita selama ini?
Yang jelas ialah:
William Shawcross di dalam bukunya 'The Sideshow' telah
mendakwa bahawa kekalahan Amerika Syarikat di bidang ekonomi di dunia tidak
perlu menjadi kebimbangan besar kerana kekalahan itu diimbangi dengan
kejayaannya melakukan penjajahan budaya di serata dunia, seperti mempopularkan
lagu-lagu pop dan wujudnya rangkaian restoran seperti McDonald dan Kentucky
Fried Chicken yang merobah cara makan masyarakat dunia.
Begitu penting penjajahan budaya sebegini bagi Amerika
Syarikat sehingga di satu masa dulu pinjaman Bank Dunia kepada Negara China
telah dilambatkan
- sehingga China membenarkan Michael Jackson membuat
persembahan di China dan
- cawangan restoran McDonald mendapat izin untuk
beroperasi di Beijing.
Berertilah ada usaha untuk mencemarkan budaya kita dengan
cara yang tidak menguntungkan kita.
Apakah yang telah kita pelajari dari pengalaman dalam
mendidik anak bangsa dan memajukan ekonomi bangsa?
Tun Dr. Mahathir telah dipetik di dalam buku Parag Khanna
berjudul 'How To Run The World', terbitan 2011 sebagai berkata:
'Two millennia of experience and mountains of knowledge
have not made us much more capable of managing our affairs than stone-age people.'
Jika Umat manusia gagal mempelajari sesuatu setelah 2
ribu tahun, kita tidak boleh mengharapkan Melayu berkemampuan mempelajarinya
setelah Merdeka hanya lebih 56 tahun.
Apa yang kita tahu ialah sementara kita menggunakan kuasa
politik untuk meningkatkan pencapaian kita dalam bidang pendidikan dan ekonomi
kini kuasa itu sudah terancam.
APA ERTINYA KEHILANGAN MAJORITI 2/3 DALAM PARLIMEN
UMNO dan BARISAN NASIONAL yang dulunya PERIKATAN tidak
pernah mengalami kegagalan mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen. Peratus ini
adalah penting demi kesetabilan politik Negara kerana dengan majoriti yang
nipis keadaan politik tidak stabil.
Wang boleh mempengaruhi wakil rakyat. Tidak perlu Wakil
Rakyat yang ramai untuk berpindah parti untuk menumbangkan kerajaan. Wakil
Rakyat yang sedikit menjadi penting. Mereka boleh dijual-beli untuk mengancam
kerajaan.
Dalam PRU ke 2008, kerana rasuah dan napotisma, pemimpin
kerajaan di waktu itu, Barisan Nasional telah kehilangan majoriti keramat 2/3
yang dipegang sejak Merdeka.
Apakah ertinya kekalahan ini?
Apa ertinya mendapat kurang dari 2/3 majoriti ini?
Besar ertinya.
Jika ianya menjadi permulaan kepada kekalahan atau
kegagalan yang berterusan. Kekalahan atau kegagalan begini boleh membawa akibat
seperti yang berlaku kepada Empayar Osmaniah pada tahun 1919. Kerajaan Osmaniah
dulunya tidak pernah kalah dan kerana itu difikirkan tidak akan kalah untuk
selama-lamanya.
Setelah kekalahan Empayar Osmaniah dalam The Battle of
Lepanto pada 7 Oktober,1571, pihak Kristian menjadi bersemangat dan berupaya
berjuang sepanjang 348 tahun. Itulah akibat kekalahan pertama seperti gagalnya
Barisan Nasional mendapat majoriti 2/3 dalam PRU 12 dan 13 berikutnya.
Empayar Osmaniah pada awalnya tidak pernah kalah, dan
difikirkan tidak mungkin dikalahkan (seperti BN dulunya tidak mungkin
digagalkan dari mendapat majoriti 2/3).
Kekalahan Empayar Osmaniah pertama berlaku dalam The
Battle of Lepanto pada tahun 1571. Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional pertama dari
mendapat majoriti 2/3 berlaku dalam PRU ke 12 pada tahun 2008.
Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional kedua untuk mendapat
majoriti 2/3 berlaku hanya 5 tahun kemudian. Kekalahan dan keruntuhan atau
kehancuran Kerajaan Osmaniah kedua dan terakhir berlaku dalam tahun 1919 iaitu
348 tahun kemudian.
Gambarkanlah masa depan kita jika kita tidak membawa cara
baru yang inovatif, transformasi yang berkesan dan menerajui satu 'Renaissance'
ala kita setelah kita menemui sebabnya berlaku begini.
Setelah kita menyedari di mana salahnya kita
Setelah kita mengenal diri.
Sebabnya
Di perut kapal-kapal milik raja yang dikalahkan oleh
pihak Kristian terdapat ketulan-ketulan emas yang begitu banyak, yang
dikumpulkan dan dibawa oleh raja ke mana-mana dia belayar kerana takut
kehilangan.
Bagitu tamaknya Raja dan pemerintah Osmaniah.
Kerana tamak lupa diri, dan salah perhitungan pemimpin
Osmaniah di semua peringkat maka tenggelamlah mereka di dalam sejarah dunia. Beginilah
yang tertulis dalam buku sejarah
"Before that battle the Turkish Warriors of the
Ottoman Empire were thought to be invincible, strong and powerful, and they
could not be defeated.
The morale of the Christians were very low then until
their victory at the Battle of Lepanto."
"The Christianss have never forgotten this date 7th
October, 1571, as the date when their
fate was reversed when they saw 240 ships of the Ottoman Empire sunk and 30,000
Muslims were dead or wounded as against only 12 ships of The Christian Holy
League being sunk and only 9,000 dead or wounded."
That is why in Christian churches, the bells toll on the
7th of October every year.
LOCENG KEKALAHAN
Loceng inilah yang kini berdengong, menggegarkan sehingga
kita tidak tahan mendengarnya sejak menara perpaduan Melayu tersungkur rebah dalam PRU ke 12, dan lima tahun kemudian,
dalam PRU ke 13.
Musuh Melayu mengetahui bahawa dengan memperalatkan tokoh-tokoh
Melayu yang lupa diri yang bergelumang dalam maksiat,di alam dosa dengan
cita-cita dan nafsu di luar kawalan, Melayu boleh dikalahkan seperti robohnya
Empayar Osmaniah.
HAPARAN KITA
Tiba-tiba saya terdengar seruan Tun Dr. Mahathir
memanggil kita untuk 'Pandang ke Timur'.
Ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
Sudah tentu tercetusnya ide ini di dalam hati Tun Dr.
Mahathir disebabkan pengalamannya, pembacaannya dan hasil renungannya yang
cukup lama sementara meniti landasan menuju ke puncak kepimpinan Negara.
UNDEFENDED DOCTORAL THESIS
Kebetulan 'my undefended doctoral thesis' di Hamburg,
Jerman Barat, di bawah penyeliaan Prof. Karl Schiller,
Menteri Ekonomi dan Kewangan di zaman Helmut Schmidt, juga
bertajuk 'Japan's Economic Growth and the Future of South Korea and Taiwan'
Pada waktu dasar Pandang ke Timur dicetuskan oleh Tun Dr.
Mahathir dunia ini bolehlah dibahagikan kepada 5 kumpulan.
FIVE ECONOMIC ZONES
1. The English speaking democracies - iaitu kumpulan
Negara-Negara yang pernah dijajah oleh British yang sumber ilmunya dari
buku-buku yang tertulis di dalam bahasa Inggeris.
2. The Communist world - Negara-Negara komunis seperti
Korea Utara, Russia, China, Jerman Timur dan Poland yang kesamaan ide
ekonominya kerana fahaman komunis walaupun diajar di dalam bahasa-bahasa yang
berbeza.
3. The Muslim world of the Middle East or West Asia -
terdiri dari Negara-Negara Islam yang kaya dan menggunakan kekayaan mereka
untuk membeli senjata yang digunakan untuk berperang sesama sendiri.
4. The Catholic world of Latin America - yang Negara-negaranya
kaya dengan hasil bumi yang belum dieksploitasikan, tetapi pemimpin-pemimpinnya
boros dengan himpunan kekayaan untuk pribadi sehingga merugikan Negara.
Kesemua 4 kumpulan negara-negara ini menghadapi masalah
ekonomi kerana patuh kepada ide, ilmu, fahaman dan nafsu masing-masing. Semua
menghadapi masalah defisit.
Tetapi.
Kumpulan ke -
5. The non-English speaking democracies - seperti Jerman,
Peranchis, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, pada waktu itu, sedang maju dengan
kedudukan 'surplus' dan kedudukan ekonomi yang membanggakan.
Oleh kerana kita orang timur, kita lupakanlah Jerman dan
Peranchis.
Jepun, Korea Selatan dan Taiwan ialah bangsa di timur
seperti kita.
Apakah yang membezakan antara mereka dengan kita?
Saya selalu diingatkan oleh Prof. Schiller supaya dalam
usaha menyelesaikan sesuatu masalah kita hendaklah jangan mencari penyelesaian
di tempat yang salah.
Haben Sie etwas verloren?
Apakah kamu kehilangan sesuatu?
Ja
Ya
Was haben Sie verloren?
Apakah yang telah hilang?
Ein Kugelschreiber.
Pena
Haben Sie hier verloren?
Apakah hilangnya di sini?
Nein, ein weiter da.
Tidak sedikit jauh di sana.
Warum haben Sie hier suchen dann?
Kenapa kamu cari di sini?
Es gibt Licht hier.
Kerana di sini ada cahaya (dari lampu di tepi jalan)
Berertilah dia cari bukan di tempat yang hilang
Seperti Melayu, dia cari di tempat yang ada cahaya.
Sampai kiamat pun tak akan dijumpai yang hilang itu.
DI MANA KITA?
Sebelum kita dapat memahami di mana kita dan ke mana kita
akan tuju elok juga kita pelajari apa yang dirumuskan oleh sejarawan Alexander
Fraser Tytler pada tahun 1776 mengenai perangai manusia dalam meniti tamaddun
sejarahnya.
Alexander berkata:
Man moves
1. From bondage (and poverty) to spiritual faith - Dari
perhambaan (dan kemiskinan) timbul semangat keagamaan;
2. From spiritual faith to great courage - Kerana
semangat agama timbul keberanian;
3. From great courage to liberty - Dari keberanian
datanglah perjuangan menuju kebebasan
4. From liberty to prosperity (abundance) - Dari
kebebasan datang kemewahan
5. From prosperity (abundance) to greed - Dari kemewahan
datang sifat tamak;
6. From greed (selfishness) to frustration - Dari tamak
datang kekecewaan;
7. From frustration to complacency - Dari kekecewaan
datang kepuasan;
8. From complacency to apathy - Dari kepuasan datanglah
sifat tidak peduli;
9. From apathy to dependency - Dari sifat tidak peduli
datanglah sikap bergantung kepada orang lain;
10. From dependency back to bondage again - Dari
bergantung kepada orang lain kembalilah kita dijajah.
Di peringkat manakah kita sekarang ini?
Kita berkecamuk di berbagai peringkat.
Dalam masa lebih 56 tahun kita merdeka jurang perbezaan
antara kita dapat kita fahami dengan meneliti di mana kita dalam strata
perkembangan sejarah negara.
JAPAN
Let us look at the Japanese.
When one talks about Japanese economic success one cannot
avoid equating the successes of Japan from the successes of such Japanese
companies as
Mitsubishi,
Mitsui,
Marubeni,
Sumitomo and
Dai-Ichi Kangyo which is currently absolved by C. Itoh.
These five companies were identified by the Financial
Time of London as the five largest companies in the world, in that order, on
31st December, 1991.
It was the most embarrassing discovery to the corporate
world of UK and the USA.
Especially, when the Japanese lost in WW II to the Allied
Forces
led by the UK and the USA,
but in 1991 the 5 Japanese companies defeated the
companies of the UK and the USA.
They appeared to have lost the war but won the peace.
This embarrassment necessitated the consolidation and
amalgamation of the UK and USA companies which took place since 1991 till the
present day.
What is the underlying background to the successes of
these 5 Japanese companies?
Was it the Japanese knowledge of science and technology?
I don't think so, as more books are available in science
and technology in the English language, which is the language of the UK and the
USA, than in the Japanese language.
Was it the Japanese management know-how?
I don't think so as even Japanese, such as Kenichi Ohmae,
is recommending American management method for Japanese Companies.
If you think that the Quality Control Circle is the
catalyst for Japanese corporate success, you have to realize that all those
thousands of Japanes companies which failed also practiced QCC.
We did not excel even with QCC.
The 5 companies
Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo and Dai-Ichi
Kangyo
were all incorporated in 1873,
that is 5 years after the Meiji Restoration of 1868.
With the Meiji Restoration,
the Japanese Army was modernized
using modern weapons
and the traditional Japanese warriors,
the Samurais,
were sidelined to civilian life.
The Samurai were not happy being sidelined from politics
and the army
and they decided to serve their country
in the global business arena.
The so called Ronins,
who are the Samurais without the Shogun,
were not armed with knowledge in management,
neither did they have scientific and technological
know-how;
but they had the Bushido spirit of the Samurais.
THE BUSHIDO SPIRIT
This Bushido spirit comprises of 5 values which the
Samurais upheld obsessively, rain or shine.
These values are:
- Trustworthiness - Amanah
- Courage - Berani
- Discipline - Disiplin
- Diligence - Rajin, and
- Loyalty - Setia
With these core values
accompanying their leadership and management efforts,
they acquired knowledge,
they mobilized their educated and their professionals,
they managed well
and they succeeded.
KOREA SELATAN
Pada 17 Disember, 1963 Presiden Park Chung Hee dari Korea
Selatan, setelah menang pilihanraya dalam bulan Oktober, 1963, telah
mengunjungi Bilik Gerakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar di
Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Waktu itu Tun Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Sebelum taklimat diberi
mengenai pembangunan luar Bandar Malaysia Presiden Park telah ternampak
sepotong ayat dari Al Quran yang tertulis pada mukaddimah papan taklimat
kementerian.
Apabila Presiden Park mengetahui maksudnya ayat itu ialah
'Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubahnya asendiri' beliau
menyebut 'nampaknya agama Islam menghendaki umatnya berdikari atau 'self-help'.
Dalam taklimatnya di waktu hendak melancarkan program
'Saemul Undung' di negaranya, sebagai permulaan kepada inisiatif pembangunan
Korea Selatan, Presiden Park telah memulakan ucapannya dengan berkata
'The religion of Muhammad has commanded that God shall
not change the fate of man until they change themselves.'
Bermula dengan program inilah Korea Selatan yang dulunya
lebih mundur dari Malaysia sebelum Park Chung Hee ke sini,kini menjadi lebih
maju kerana mengamalkan sepotong ayat dari Al Quran, malah, mereka kini,
menjadi saingan kepada Jepun.
Betapa hebatkah kita membangun Negara kita dengan
inspirasi mana satu ayat dari 6,666 ayat di dalam Al Quran?
Kenapa kafir boleh belajar dari Al Quran sedangkan kita
tidak ke mana?
Saya pernah menulis:
President Park knew and understood only one sentence of
the Quran, but managed to plan and execute a program for the benefit of his
people, whereas we read the whole Quran many times but never knew how to make a
successful effort out of its teachings and wisdom.
President Park did better because, after being inspired
by that one sentence of the Quran, he motivated his people based on his study
of history, particularly the history of the 'Shilla Dynasty' and the
'Seven Years War' with the Japanese between 1592 to 1598,
when the Japanese, under the leadership of Toyotomi
Hideyoshi were twice defeated by the Korean Admiral Yi Sun-chin with his
'Turtle Armada.'
The motivating element that led to victory during the
'Shilla Dynasty' and the 'Seven Years War' was the Hwarang-do, or 'The Way of
Hwarang.' In 576 AD 'The Way of Hwarang' was perfected by the Buddhist monk who
introduced the 'Five Injunctions for Mundane Life.'
The contents of these 5 injunctions are basically similar
to the Bushido spirit of the Samurais. Its 'trustworthiness', 'courage',
'discipline', 'diligence' and 'loyalty.'
Just as the Bushido spirit, originally used in fighting, was
used by the five Japanese companies to succeed in their business and economic
activities, the Hwaraang spirit which gave unity and victory to the Koreans during
the Shilla Dynasty and The Seven Years War led by Admiral Yu Sun-chin, was used
by President Park Chung Hee to drive the economic growth of South Korea.
Park Chung Hee instilled the Hwarang spirit in the
management personnel of his government and the leaders of the South Korean
industries.
TAIWAN
While North Korea and China were, in earlier years, lulled
into economic mediocrity by the Western Jewish thinker Karl Marx, Taiwan's
economy was growing because of the Jinsheng spirit which is similar to the
Bushido and the Hwarang spirit of Japan and South Korea.
Taiwan's management was also driven by the same core
values which has become part of their second nature.
Bila saya bertanya Naib Presiden Taiwan Vincent Siow, semasa
beliau masih menjadi Menteri Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana,sebelum
naik menjadi Perdana Menteri Taiwan, atas sebabnya Taiwan maju tetapi China
mundur, di waktu itu.
Beliau menjawab,
Taiwan itu rakyatnya China tetapi Negara China itu
rakyatnya bukan China tetapi kominis.
Saya kenal Vincent Siow sejak beliau menjadi pelanggan
The Chartered Bank di waktu beliau mengetuai perwakilan Taiwan di Malaysia atas
nama syarikat milik negaranya. Saya di waktu itu bekerja sebagai eksekutif di
bank Chartered. Bila Vincent mendengar kecurigaan saya atas sikap Jinsheng yang
dikatakannya ada pada orang Taiwan
sedangkan saya tahu ramai taukeh besar China kaya kerana
- judi,
- terlibat dalam perniagaan dadah,
- aktif dalam kegiatan kongsi gelap, dan
- mengurus rangkaian outlet pelacuran
lantas Vincent berkata -
'Di dalam sesebuah Negara tidak mungkin semua rakyatnya bersikap Jinsheng
iaitu
-amanah,
- berani,
- disiplin,
- rajin dan
- setia.
Yang perlu ialah cukup ramai
pemimpin di berbagai peringkat menghayati nilai murni itu.
Taiwan, katanya, perlu hanya sekitar 20,000 pemimpin dan
ketua di berbagai bidang dan tahap yang mengamal prinsip berkenaan.
Kata Vincent Siow, bagi Malaysia mungkin perlu seramai
itu juga.
RUMUSAN
Oleh itu. Kita tidak perlu ada terlalu ramai cerdik
pandai, dengan ijazah berjela-berjela jika mereka itu -
- Tidak amanah
- Penakut
- Tidak disiplin
- Malas, dan
- Pengkhianat.
Melayu perlu ada sekitar 20,000 orang yang terpelajar,
atau berkelulusan dan profesyenal yang amanah, berani, disiplin dan setia.
- Amanah menangani kuasa
- Berani mengambil tindakan dan menghadapi risiko
- Disiplin dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab
- Rajin dan bertungkus lumus menjalankan tugas dan
berkorban untuk bangsa dan negara
- Setia kepada keluarga, sahabat, kampong, mukim, daerah,
negeri, Negara, bangsa dan Umat
Dari antara ribuan yang sudah berkelulusan dan dari antara
ribuan yang akan lulus mampukah kita mengesan 20,000 anak bangsa yang mempunyai
nilai-nilai tersebut.
ISLAMIC VALUES
If you ponder closely the five values in the
- Bushido
- Hwarang, and
- Jinsheng
You will find that
- Trustworthiness or Amanah
The Quran says: 'Successful indeed are the believers ...
those who are faithfully true to their amanah (trusts) and to their covenant'
(al-Mu'minun: 1-8)
Islamic trustworthiness (al-Amanah) is reflected in
Muslim's words and dealings. Muslims with this virtue are Muslims with high
degree of honesty and integrity. They are responsible to be honest and trusted
by colleagues and partners.
- Courage or Keberanian
The Quran says: 'The mosque of Allah shall be maintained
only by those who believe in Allah and the Last Day; perform the Salah, and
give the Zakah, and fear none but Allah. It is they who are the true guidance.'
(al-Taubah: 18)
True Islamic courage (syaja'ah), as outlined in the
Qur'an, is showing determination in respecting all of Allah's limits, without
exception, and without hesitation, fearing none other than Allah, and not
deviating from this course whatever the circumstances. Essentially courage is
the virtue that arises as a result of faith, in those who fear no one but
Allah, and who are deeply devoted to Him. The very basis of the courage of the
faithful is their love and fear of Allah, and their rendering sincere effort to
earn his good pleasure. For that reason, their courage in fulfilling the
requirements of morality is not dependent on specific circumstances. Those who
believe in Allah show courage as an outcome of their fear of Allah and longing
for the Hereafter. Because they are sincere, they are also courageous and
brave. And the most courageous and brave are the people of knowledge.
- Discipline or Disiplin ( with different spelling)
The Quran says: ''Then we have put you (O Muhammad pbuy)
on a (plain) way of (Our) commandment and laws, so follow.' (al-Jathiyah: 18
True Islamic discipline is reflected through consistent
adherence to the rules and regulations (al-Ittiba') and remains steadfast
(al-Istiqamah) with continuous obedience and positive belief in our doings.
- Diligence or Rajin, and
The Quran says: 'And strive hard in Allah's course as you
ought to strive (with sincerity and efforts' (al-Haj: 78)
Islamic diligence is an expression of enthusiastic
interest and sincere devotion to a course in accomplishing it. Muslims are
those who never lose the enthusiasm in their hearts throughout their lives.
They continue to strive hard towards precision in all matters, to be the best
of all. This is due to the source of
their diligence which is faith in Allah and their major goal is earning the
good pleasure of Allah, His mercy and His paradise.
- Loyalty or Setia
The Quran says: 'Truly, my prayer and my devotion, my
life and my death, are (all) for Allah, the Cherisher of the Worlds.'
(al-An'am: 162)
One of the distinguishing features of believers is a
sense of loyalty - Islamic loyalty. Muslims, in their real sense, are loyal and
very much against self-interest. A Muslim would fail to keep his self-respect
if even once he demonstrated a minor neglect in his loyalty. When one loses
self-respect completely, one gradually approaches a point where one loses
faith.
are all values highly propagated by Islam.
The 'muru'ah' spirit of the Qurasyh summarises the five
core values in the Bushido, Hwarang and Jinsheng.
That's the reason they were strong in the defense of
paganism; but when they were converted to Islam the same spirit was
instrumental in the expansion of the Islamic Empayar.
But these Islamic values are practiced by the Japanese,
the Koreans and the Chinese in Taiwan.
It proves that by just reading the Holy Quran and knowing
the core values will not help us to progress, as they say in Arabic,
Al ilmu bi la amal, ka syajari bi la samar', or
'Ilmu yang tidak beramal laksana pohon yang tidak
berbuah'.
In English we have a saying,
'Words without deeds is a garden full of weeds', or
'Kata-kata tanpa amalan adalah laksana taman yang
ditumbuhi lalang.'
Whatever our disagreements, on one thing we must agree
today, and that is the core Islamic values in Bushido, Hwarang and Jisheng, ingrained
in the Japanese, the Koreans and the Taiwanese ( as of now - even the mainland
Chinese ) should be put into practice by knowledgeable Malays and
Malays who are out to gain knowledge.
In that way the Malays can lead their nation, states, and
institutions towards greater achievements.
KNOWLEDGE WITHOUT VALUES
We should be able to avoid the disaster that has befallen
such companies as ENRON, that was led and managed by educated, qualified and
trained executives, with management know-how, but without the core values.
Apa yang diperlukan oleh bangsa Melayu ialah anak bangsa
yang berilmu yang turut menghayati nilai-nilai murni seperti amanah, berani,
disiplin, rajin dan setia iaitu nilai-nilai Islam yang diamal oleh penganut
fahaman Bushido di Jepun, Hwarang di Korea Selatan dan Jinsheng di Taiwan
Sekian, Wabillaahi taufiq Wassalaamu'alaikum
Wallaahu'aklam
Sanusi Junid - Sumber
No comments:
Post a Comment