Thursday, 15 May 2014

ANAK AHLI UMNO MEMUJA LIM KIT SIANG


Baru baru ini heboh diperkatakan orang tentang calon DAP untuk PRK Teluk Intan. Calon yang dihantar DAP kali ini bukanlah seorang pakcik tua melayu seperti Aspan Alias sebaliknya seorang gadis melayu yang bermuka cantik dan mempunyai bentuk badan mengiurkan.

Gadis yang bernama Dyana Sofia Mohd Daud adalah lulusan UiTM dalam jurusan Undang Undang. Dyana yang menjadi Setiausaha Politik Lim Kit Siang dijadikan bahan pertaruhan untuk meraih undi daripada orang melayu terutamanya daripada puak PAS dan PKR. Pimpinan DAP amat memahami kehendak puak PAS dan PKR yang dahagakan calon baru yang muda dan cantik berbanding mereka yang sudahpun berusia.

Dyana Sofia secara terang terang amat membenci sistem pendidikan negara terutama melibatkan UiTM kerana menurutnya UiTM telah menafikan hak penyokong DAP daripada memasuki intitut dan juga menyelar UiTM kerana menganjurkan seminar mengenai bahaya ancaman nasrani kepada umat Muhammad s.a.w.

Oleh itu tidaklah pelik apabila perempuan seperti ini mendapat tempat disamping pimpinan DAP. DAP sememangnya amat memerlukan orang melayu yang tidak mempunyai jati diri dan pegangan agama yang kukuh untuk diperalatkan dan dijadikan alat propaganda mereka. Dan tidaklah pelik juga sekiranya undian melayu PAS dan PKR juga meningkat selepas ini kerana mereka sememangnya alat perkakas kepada DAP untuk menawan negara ini.

Pelbagai cerita menarik mengenai Dyana Sofia boleh dibaca disini dan juga disini.

No comments:

Post a Comment