Semua ahli Pas diminta mengundi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Abd. Sathar pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini untuk memberi pengajaran kepada DAP yang cuba menghalang hasrat Pas dalam melaksanakan hudud di Kelantan.
Ahli Pas kawasan Gerik, Perak, Mohd. Izham Zainuddin berkata, ahli di peringkat akar umbi perlu mengambil peluang ini memandangkan mereka tidak mempunyai suara di peringkat atasan dan hanya mampu melihat pemimpin-pemimpin mereka menjadi kuda tunggangan DAP dalam isu tersebut.
Meskipun mengakui sukar untuk menang, Mohd. Izham berkata, sekurang-kurangnya tindakan itu dapat menghantar mesej yang jelas kepada DAP untuk tidak mencampuri dasar dan perjuangan Pas terutama berhubung hukum Islam itu.
"Sebagai seorang ahli biasa, saya hanya mampu bercakap dan berhujah di kedai kopi meskipun hati sendiri terluka dengan tindakan DAP yang berterusan mengkritik dan menghentam Pas setiap kali timbul isu hudud.
"Saya tahu ramai ahli Pas yang marah, jadi inilah masanya untuk bertindak. Berikan undi yang banyak kepada Mohamed Nabi Bux sebagai tanda protes dan untuk menyampaikan hasrat kita kepada pemimpin atasan Pas bahawa kami ahli bawahan mahu hudud dilaksanakan," - Sumber
Walaupun rata rata ahli PAS mahukan hudud dilaksanakan dan DAP perlu diajar tetapi berlainan pula dengan kehendak pemimpin PAS. Mahfuz Omar mahukan semua ahli PAS menyokong DAP dengan mengundi RamKarpal daripada mengundi Nabi Bux, seorang ahli PAS yang ditendang daripada parti kerana mahukan hudud dilaksanakan di P.Pinang.
Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar dan ahli PAS digesa memberi sokongan kepada calon DAP, Ramkarpal Singh.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mohamed Nabi perlu beri perhatian kepada nasihat PAS sekiranya dia masih menegaskan bahawa dirinya adalah ahli parti itu.
“Buat masa ini, tindakan Mohamed Nabi yang bertanding sebagai calon bebas pada PRK ini adalah bertentangan dengan pendirian parti,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mahfuz turut menegaskan bahawa Mohamed Nabi bukan ahli PAS sebagaimana yang didakwa kerana namanya tiada dalam senarai keahlian parti.
Katanya, walaupun Mohamed Nabi mendakwa namanya tersenarai dalam rekod pendaftaran PAS Cawangan Kampung Banjar, pemeriksaan yang berulang kali menunjukkan nama calon bebas itu tidak pernah wujud di mana-mana cawangan PAS. - Sumber. Turut klik sini untuk MeloyaKini.
Apabila pemimpin PAS sendiri menolak hudud dilaksanakan, adakah mereka sudah KAFIR ? Hanya puak PAS sahaja yang boleh menjawabnya.
No comments:
Post a Comment